Yang Baik dan Berhemah Semuanya Dari Allah..dan Yang Buruk Semuanya Dari Saya.
Monday, May 27, 2013
Friday, May 24, 2013
PRU13 - Berpolitk Jangan Sampai Jadi Macai..
Paling terkejut bila kawan satu kelas di sekolah menengah memaki hamun saya dengan perkataan yang penuh keji. Dia akan menyelit di setiap pos saya di fb .. dan akan maki saya kerana mengatakan pos saya berunsur politik walaupun saya pos "aduss penatnya memandu ...kl jem teruk sampai bilakah begini?" .. cuba bayangkan pos yang macam ni pun ditafsir sebagai politik... saya membalas dengan ringkas "aku menyesal kenal ko ... kerana tak sangka ko macai paling hina pernah aku jumpa!!" Lepas saya reply .. saya unfriend dia di FB.. tak mengapa hilang kawan begitu.. kawan yang terlalu rendah mentalitinya kan...
Sebelum itu kawan saya ni memang aktif pos di FB .. paling dia suka pos ialah menghentam peribadi pemimpin pembangkang, berserta "kununnya" video seks sebagai bukti. Saya sering memberi komen secara kawan-kawan dan mengguna bahasa paling hormat untuk menegur sikap beliau. Saya khuatir dan malu jika anak-anak saya terbaca pos-pos lucah tersebut. Bermula dari situ dia sudah "declare war" terhadap saya ... perghhh!!.. siap ajak geng maki saya.. tetapi mujurlah saya bukan jenis cepat melatah..saya gelak-gelakkan ajer.... kerana saya sangka mereka pun bergurau-gurau ajer , tetapi bila dah hari-hari "attack" saya .. eloklah dia dan geng dia di "unfriend" kan aje.
Saya bukan ahli politik dan tidak ada parti politik pun, cuma saya inginkan perubahan, negara yang bebas rasuah dan jika rakyat teraniya ada individu atau organisasi bebas yang mampu membela nasib rakyat, negara yang lebih maju dengan pentadbiran yang lebih cekap dan Malaysia yang aman damai tanpa persengketaan kaum... itu sahaja yang saya inginkan tetapi ramai yang tafsirkan saya pro PR...
Nak berpolitik silakan tak ada siapa yang melarang, tetapi janganlah sampai jadi macai.. cuba lihat petikan dari blog ini , maksud macai;
Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah
dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud
dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan
yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada
"Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".
Kredit - http://ipohmalay.blogspot.com/2013/04/asal-usul-perkataan-macai.html
So ... nak berpolitik silakan tapi janganlah jadi macai... Wasalam
Friday, March 8, 2013
PRU13 - Pemimpin Berasal Dari Rakyat Marhein adalah Pilihan Rakyat
Di Malaysia dan beberapa Negara di
dunia, akan menjadi tradisi untuk
memilih pemimpin dari keturunan yang memimpin sebelumnya. Jika ayahnya adalah ahli politik terkenal maka
anak-anak malah cucu-cucu mereka pun akan mewarisi populariti ayah dan datuk
mereka jika mencebur diri di dalam politik. Mereka akan diangkat menjadi
pemimpin negeri ataupun negara kerana mereka “berbinkan” ayah dan keturunan
datuk mereka yang terkenal. Anak-anak dan cucu pemimpin ini akan membesar sebagai
golongan bangsawan yang akan hidup dengan gaya mewah dan bergaya. Mereka ini
seperti pepatah English; “born with a silver spoon in mouth” , semuanya sudah tersedia dan hanya perlu disuapkan sahaja.
Adakah anak dan
cucu bangsawan ini memahami masalah rakyat marhaen? Sudah tentu tidak kerana
mereka tidak akan bergaul dengan rakyat biasa seperti yang digarapkan didalam
filem Tan Sri P.Ramlee, iaitu “Di Antara Dua Darjat”. Segala aktiviti rakyat
biasa adalah aktiviti remeh dan leceh bagi mereka, golongan bangsawan hanya
akan mengarahkan kuli-kuli untuk melakukan segala kerja dan memenuhi segala
keperluan mereka.
Perbandingan jelas
di hadapan mata, kualiti pemimpin dari
akar umbi rakyat akan berjaya mentadbir negara dengan sukses dan maju, rakyat
akan bersama-sama merasa nikmat pembangunan dan limpahan ekonomi yang dijanakan
dan yang paling penting pemimpin berasal dari rakyat biasa akan dapat memenuhi
keperluan rakyat marhaen atau golongan rakyat jelata.
Tepuk dada dan
pangkahlah kertas undi dengan bijaksana. Kuasa memilih di tangan kita. Jika
masih ingin kekalkan tradisi silakan tetapi teruskanlah dengan gaya kepimpinan
orang-orang bangsawan atau ingin berhijrah kepada gaya pemimpin yang berasal
dari golongan marhaen, yang telah
terbukti berjaya sebelum ini.
Salam ceria ….
Salam PRU13
Thursday, January 10, 2013
ALLAH Hanya Untuk Orang Islam
Sebagai orang Islam, bila kita bangun dari tidur akan menyebut nama Allah dengan sebutan sekurang-kurangnya "Bismillah.." dan selepas itu akan melakukan solat Subuh dengan menyebut "Allah Huakbar", sebagai Umat Islam kita akan menyebutnya dengan kerap di dalam kehidupan harian. Sebaliknya ...orang Kristian akan menyebut "Jesus Christ" atau "Owh my God", tetapi jika kita menonton drama atau filem Hollywood, sebutan paling popular bagi penganut Kristian ialah "Jesus Christ".
Saya bukan anti kepada mana-mana agama, kerana semua agama menyeru kepada kebaikan dan bertoleransi. Tak ada satu pun agama di dunia ni, dok seru pengikutnya buat jahat.. betul ka salah ? kalau salah tolong bagitau agama apakah itu ?
Sejarah Kristian memang lama dah semenjak seperti yang dorang percayalah, bahawa Nabi Isa disalib (bagi orang Islam adalah sebaliknya). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Isa itu anak tuhan (bukan Allah ok).Itu kepercayaan mereka dan orang Islam telah berhujah bahawa kalau dorang maksudkan tuhan yang ada anak itu adalah Allah, maka itu adalah tidak benar sama sekali. Simple je kan.. ALLAH adalah ESA tidak ada isteri, anak dan tiada ada kelemahan seperti hamba-Nya , iaitu kita.
Setahu sayalah hanya, Kristian di Malaysia dan Indonesia saja yang galak benar nak guna nama Allah, tetapi di Vatican tak ada pula dok kecoh-kecoh (kalau saya silap tolong bagitau naaa). Ustaz Dato Dr Haron Din sendiri telah mengkaji Bible. Beliau telah membuat kajian bahawa tidak ada satu pun perkataan ALLAH di dalam Bible. Bible hanya merujuk kepada perkataan GOD.
Kalau lah nak sangat guna nama ALLAH, adakah dorang sanggup declare bahawa Al-Quran itu benar dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul yang terakhir?. Umat Islam mengiktiraf semua Rasul dan Nabi yang di Wahyukan kepada Baginda Rasulullah melalui Al-Quran. Jika mereka anggap Allah orang Islam adalah sama dengan GOD dorang ... Sila declare bahawa Al-Quran itu adalah Wahyu Allah dan tidak ada keraguan, Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir dan Hadis Baginda adalah dari Allah... dan jangan sesekali dok sebut Isa itu anak Allah dan declare bahawa Isa itu BUKAN anak Allah kerana Allah itu Maha Esa. Boleh ke?
Saya bukan anti kepada mana-mana agama, kerana semua agama menyeru kepada kebaikan dan bertoleransi. Tak ada satu pun agama di dunia ni, dok seru pengikutnya buat jahat.. betul ka salah ? kalau salah tolong bagitau agama apakah itu ?
Sejarah Kristian memang lama dah semenjak seperti yang dorang percayalah, bahawa Nabi Isa disalib (bagi orang Islam adalah sebaliknya). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Isa itu anak tuhan (bukan Allah ok).Itu kepercayaan mereka dan orang Islam telah berhujah bahawa kalau dorang maksudkan tuhan yang ada anak itu adalah Allah, maka itu adalah tidak benar sama sekali. Simple je kan.. ALLAH adalah ESA tidak ada isteri, anak dan tiada ada kelemahan seperti hamba-Nya , iaitu kita.
Setahu sayalah hanya, Kristian di Malaysia dan Indonesia saja yang galak benar nak guna nama Allah, tetapi di Vatican tak ada pula dok kecoh-kecoh (kalau saya silap tolong bagitau naaa). Ustaz Dato Dr Haron Din sendiri telah mengkaji Bible. Beliau telah membuat kajian bahawa tidak ada satu pun perkataan ALLAH di dalam Bible. Bible hanya merujuk kepada perkataan GOD.
Kalau lah nak sangat guna nama ALLAH, adakah dorang sanggup declare bahawa Al-Quran itu benar dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul yang terakhir?. Umat Islam mengiktiraf semua Rasul dan Nabi yang di Wahyukan kepada Baginda Rasulullah melalui Al-Quran. Jika mereka anggap Allah orang Islam adalah sama dengan GOD dorang ... Sila declare bahawa Al-Quran itu adalah Wahyu Allah dan tidak ada keraguan, Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir dan Hadis Baginda adalah dari Allah... dan jangan sesekali dok sebut Isa itu anak Allah dan declare bahawa Isa itu BUKAN anak Allah kerana Allah itu Maha Esa. Boleh ke?
Wednesday, November 28, 2012
Sambutan Hari Jadi Sultan Pahang Yang Meriah (18-81)
Daulat Tuanku, Selamat Hari Lahir semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.... Aminnn
Saturday, September 22, 2012
Innocence Of Islam dan DAP
Soalan pertama yang saya selalu terpikiaq di fikiran, why? mengapa? wei shen me (为什么) ? dan lah-mah (hebrew)?. Bermula dengan si bangsat Salman Rushdie sehingglah yang terbaru Nakoula Basseley Nakoula (nama dia ni pun dah ala-ala nama syaitan kan), dah la kurang ajar lepas tu Nakoula atau Sam Basile ni adalah kapiaq paling pengecut berbanding lain-lain kapiaq seperti Salman Rushdie yang kita tau juga rupa dia macam mana kann ..dia pi larik sembunyikan diri lepas tu bila kena tangkap tutup muka... pirahhh . Depa ni tak serik-serik, tak puas-puas dok hina Al-Quran dan Baginda Rasulullah. Ada yang buat kartun dan filem, ada yang bakaq Al-Quran, fitnah 9-11 dan buat isu Islamofobia. Mengapa ?.
Paling depa suka, depa reka cerita menghina Baginda Rasulullah yang telah wafat selama 1433 tahun lamanya. Depa sangat takut dengan nama Muhammad. Masakan tidak, tidak ada penganut agama lain yang boleh meniru aqidah Umat Islam pada zaman selepas kemangkatan Baginda. Umat Islam selepas Baginda wafat, tidak pernah melihat wajah Baginda sama ada imej lukisan atau di dalam bentuk lain, tetapi Umat Islam tanpa ragu-ragu amat menyayangi, menyanjung Baginda dan menjadi asas aqidah Umat Islam untuk mempercayai dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul dan Pesuruh Allah. Ada ka tokoh lain yang sehebat Rasulullah saw.. jawapannya tidak ada!!. Umat Islam tanpa ragu-ragu berikrar sekurang-kurang 5 kali sehari bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu Persuruh Allah.
Berbeza dengan agama lain, depa ada gambar, depa ada patung dan lukisan yang mengambarkan tuhan atau dewa mereka. Kristian ada patung Jesus di salib, sementara agama Buddha ada patung imej Buddha, kaum India juga mempunyai dewa mereka yang diukir dan dibuat patung-patung yang mereka kata menyerupai dewa atau tuhan kepercayaan mereka.
Umat Islam menolak semua bentuk pemujaan, Allah tidak akan menyerupai apa-apa pun yang terfikir di fikiran manusia, kerana jika ada yang boleh membayangkan bentuk rupa Allah, sohih dia tu sesat!!. Begitu juga rupa Rasulullah saw, Islam melarang Umatnya untuk membayangkan atau melakar rupa bentuk atau imej Baginda kerana pasti akan ada yang manusia yang akan memuja gambar baginda. Sememangnya
diakui, tidak terdapat nas (pernyataan) yang jelas dalam Al-Quran yang
melarang melukis gambar Rasulullah s.a.w. Namun, ini tidak bermakna
bahawa larangan itu tertegak atas hujah yang rapuh kerana Al-Quran bukan
hanya satu-satunya sumber hukum Islam.
Memang betui tak ada nas yang jelas, tapi isunya depa melukis, depa buat filem semuanya berbentuk fitnah, menghina dan mengaibkan keperibadian Baginda, tu yang salahnya.. jika depa melukis dan buat filem hanya sekadar penceritaan tanpa menghina dan mengaibkan baginda, saya rasa tidak lah jadi kecoh satu dunia..macam sekarang ni. Umat Islam setahu sayalah tidak pernah pun menghina mana-mana kepercayaan agama lain secara membuat filem atau imej.
Secara peribadi saya berpendapat, depa ni AMAT TAKUT dengan pengaruh Baginda, depa amat takut dengan keperibadian Baginda yang amat mulia, depa amat takut dengan hadis Baginda dan depa amat takut kerana Baginda menerima Wahyu dari Allah sehingga lengkapnya Al-Quran yang menjadi pedoman, garis panduan dan hukum-hakam yang diguna pakai di seluruh dunia tanpa mempunyai versi-versi seperti Bible. Al-Quran tetap sama walaupun di Kutub Utara dan tetap sama di Kutub Selatan. Walaupun Baginda sudah wafat selama 1433 tahun lama.. tapi depa masih dok takut dengan Baginda...
Harap-harap Sultan tarik balik pangkat Dato' si Ngeh ni
Bila Umat Islam membantah sekeras-kerasnya tindakan kurang ajar extremis Yahudi dan Kristian, ada pula suara-suara puak yang bodo pasal Islam dok komen di laman Twitter. Seperti komen bodo dan kurang ajar Setiausaha Agong DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham. Ada ka dia kata buat apalah Umat Islam dok buang tenaga, penat-penat dok buat demonstrasi pasal kes hina Rasulullah... dia ni asai mana yer? Hongkong ke? atau Beijing? semua tidak.... dia ni asai dari Perak, Malaysia. Dia pun bukan budak-budak lagi, dah tua, mustahil lah dia tak tau kes-kes yang melibatkan Allah dan Rasul amat sensitif bagi orang Islam dan Melayu amnya. Lepas dah orang Islam dok marah dia termasuk geng dia dari PAS, barulah minta maaf, eloklah la kan... buat hal lepas tu minta maaf, damage is done.. What da hell kan..... kalau lah orang Melayu atau Islam dah sohih kena tahan dan di dakwa tapi bila depa buat...
Labels:
al-quran,
bible,
buddha,
dap,
innocence of islam,
kristian,
nabi muhammad,
nakoula basseley nakoula,
ngeh ko ham,
PAS,
salman rushdie
Saturday, August 4, 2012
Penjaja Pasar Ramadan Mesti Ikhlas
Jangan tak percaya jika saya habaq yang saya pernah menjuai di Pasar Ramadan.. ini adalah pengalaman yang tak ternilai, memang penat tapi berbaloi-baloi bila pembeli yang mai semalam dia repeat mai beli lagi esoknya. Produk saya hanya 1 iaitu ayaq Lee Chi Kang atau Len Chi Kang atai Laicikang. Saya tulih di meja saya waktu tu Laicikang, jadi saya akan guna nama Laicikang lah kan ..
Pot saya berniaga waktu tu (1995) Pasar Ramadan Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Pasar Ramadan yang terbesaq di Bandar Baru Bangi.. sampai la ni pun Pasar Ramadan Sesyen 16 masih kekal sebagai status Pasar Ramadan yang paling popular dan terbesaq.
Gambar kredit kepada - http://www.azuanzahdi.com
Laicikang yang saya juai dibungkuih didalam plastik yang mempunyai bahan-bahan cukup menarik, dengan pelbagai kaler dan isinya nampak sangat mantap. Orang lain juai RM1.20 saya juai RM2.00 tapi Alhamdulillah saya mampu habiskan 100 bungkus untuk 1 hari. Yang paling penting pembeli setia yang akan "repeat order". Saya perasan ada yang mai beli hari-hari. Menghargai kesetiaan dia, saya bagi "free gift". Dia beli 1 dapat 1 percuma.
Mesti hangpa rasa pelik awat pula orang sanggup mai beli Laicikang saya yang mahai RM0.80 ni berbanding peniaga lain? Apa rahsia saya.. mesti hangpa nak tau kan ehehe.... Saya guna pelarih (pelaris) kot, ish tu dan syirik Nauzubillah. Cara saya mudah saja, saya IKHLAS untuk menyediakan sesuatu yang lazat untuk orang yang berpuasa, selain dari mencari keuntungan hasil dari perniagaan saya.
Itu pesan Allahyarham ayah saya (Meninggai tahun 1998.. Al-Fatihah) dan sampai la ni mak saya pun pesan "hang bila berniaga mesti ikhlas, bila ikhlas hang juai apa pun akan berkat". Begitu juga Rasulullah, baginda seorang ushawan yang jujur dan ikhlas.
Juadah yang rasa teruk akan membuat orang yang membeli tu akan menyumpah, itu adalah doa. Lagipun peniaga Pasar Ramadan akan duduk situ dok berniaga selama sebulan. Hampir 90% orang yang sama akan mai ke Pasar Ramadan yang sama setiap hari. Cerita mengenai masakan atau juadah anda akan diceritakan kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Sebaliknya jika sedap akan bertambah lah pembeli jika rasa teruk maka setiap hari pembeli akan menyusut.. harap nak untung alih-alih tak balik modai pun.
Tu Diaaaa Pak Tam, restoran nasi kandaq. Orang kampung saya lah tu, asainya dia mula berniaga di gerai tepi jalan ja.. la ni dia dah buka restoran yang "grand" di Batu Caves berhampiran Stadium MPS Selayang dan terbaru dia buka di R & R PLUS. Kalau sapa yang pernah pi R & R Tapah akan jumpalah restoran dia, bukan di Tapah saja ada restoran dia, tapi ada beberapa R & R yang saya tak ingat..hebatkan dari tepi jalan .. sekarang mungkin dah JUTAWAN .. itulah namanya JUTAWAN SENYAP.
Sepanjang bulan posa ni saya semacam dah serik nak beli kuih atau lauk-pauk di Pasar Ramadan. Membaziaq amalan syaitan.. walaupun syaitan kena gari saya dok buat perangai dia. Maaf cakap dah la mahai tapi rasanya alahai ... last sekali masuk bakui sampah. Pernah saya simpan dalam peti ais, pastu sahoq perangat (panaskan) semula. Malangnya saya dan keluarga tak sentuh pun lauk-pauk yang dibeli tu.
Mahai takpa, orang sanggup bayaq. Orang sekarang dah berduit tak macam dulu-dulu. Ni dah la mahai rasanya tak sedap langsung. Saya dah buktikan saya juai mahai tapi orang tetap beli sebab Laicikang saya mempunyai rasa yang lazat, berbanding yang murah.
Saya menyeru kepada penjaja Pasar Ramadan, sajilah juadah yang terbaik untuk pembeli yang berharap sesuatu yang sedap untuk berbuka berpuasa. Sedialah dengan ikhlas Insya Allah anda semua akan mendapat berkat dan keuntungan di dunia dan akhirat.
Maaf jika saya terkasar bahasa.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semuanya dari saya semata-mata.....
Subscribe to:
Posts (Atom)








