Tuesday, June 18, 2013

TERBONGKAR Cara Mudah Nak Beli Rumah


Gambar kredit kepada beritasemasa.com

Ada yang berpendapat , kalau nak beli rumah kena kerja dengan gomen atau kerja dengan syarikat besar seperti Petronas ke atau TNB ke..tapi percaya tak kalau saya katakan jika korang sorang penjual nasi lemak di gerai tepi jalan pun boleh membeli rumah yang berharga 300k-1M. 

Mesti korang kata saya temberang, ini bukan kes submit borang pinjaman dan kasi bank itu "blackout" hehe ..ops itu term politik, tengah kepoh sekarang Blackout 505. Saya dah bertemu dengan ramai pegawai bank yang memproses pinjaman untuk membeli rumah semua jawapan dorang sama je ...

Ok meh saya bongkarkan rahsianya... 1st step mestilah kena ada 10% duit cash, contoh kalau rumah idaman korang berharga RM350K , jadi 10% deposit mestilah RM35k, 

2nd step dah ada duit 10% , kene stanby duit untuk lawyer dan etc , stanby la RM10k lagi..duit ni tak semestinya habis semua tapi stanby je la untuk kos-kos yang tidak nampak.

3rd step, duit dah ada, maka pergilah ke pejabat pemaju kalau nak beli rumah baru atau pergilah deal dengan owner rumah jika nak beli rumah 2nd hand. Dulu-dulu 3-5 tahun lepas duit booking kalau RM500 dah boleh tapi sekarang minima dah cecah RM5k. Selebihnya bayar baki bagi cukup 10% kepada pemaju atau owner sewaktu nak sign S & P. 

Pemaju atau owner biasanya akan beri anda masa 2 minggu untuk mencari lawyer. Lawyer akan sediakan S & P (surat perjanjian). Tapi hati-hati bila memilih lawyer kerana bukan semua lawyer yang reti buat kerja jual beli rumah. Saya dah terkena sampai burn 1/2 duit deposit sebab lawyer tak reti buat kerja. Tips memilih lawyer tanyalah bank , atau saudara atau kawan-kawan yang pernah beli jual rumah. Jika lawyer itu cekap semua urusan akan lancar.

4th step, bila dah bayar booking, sewaktu menunggu lawyer siapkan S & P, korang dah boleh pergi jumpa bank-bank untuk memohon pinjaman 90% lagi. Bank pun korang kena pilih, contohnya jangan pilih Maybank, sebab Maybank sangat cerewet dan suka underating pembeli, ini hasil dari pengalaman saya sendiri. Buat masa ni CIMB boleh bagi double thumb up, para pegawai CIMB agak mesra dan suka membantu para pelanggan, begitu juga RHB dan Public Bank. Malangnya bank berstatus Islam agak sukar untuk memberi pinjaman walaupun kita nak sangat buat pinjaman secara Islamic ... misteri sungguh.

So sewaktu dok tanya-tanya kelayakkan korang sama ada boleh lulus atau tidak, ..sampai lah part RAHSIA TERBONGKAR cara mudah nak beli rumah... terutama kepada usahawan  .. Pegawai bank akan belek-belek bank statement, akaun syarikat dan jeng jeng.... "encik declare income tax tak?", rata-rata para usahawan akan jawab "belum la encik"... maka harapan anda untuk mendapat kelulusan adalah tipis, kalau bank bagi pinjaman pun , had pinjaman hanya mungkin 70-80% ... parah la juga kan nak top up jumlah 10% yang terkurang..contoh seperti di atas jika harga rumah RM350K ... jika 10% korang bayar RM35k tapi kalau lulus 80% jer maka korang kene bayar RM70K ...phiewwww parahkan hehe..

Kenapa gitu ek? Jawapan pegawai bank ialah LHDN akan warning bank kenapa luluskan pinjaman sedangkan pihak bank tahu yang kita ada duit tapi tak bayar income tax... haduiii sakit je hati bila dengarkan hehe tapi itulah RAHSIANYA... jika korang declare income tax pegawai bank akan luluskan dengan mudahnya jika nama korang clear dan cantik dalam CCRIS Bank Negara Malaysia.

So janganlah malu-malu, pergilah declare income tax di LHDN ok hehehe... tq yer kerana sudi luangkan masa catatan saya yang tak seberapa ni ......

Sunday, June 9, 2013

Pelaburan Hartanah Lebih Power Dari Pelaburan Emas


Harap maaf apartment ini sudah dijual ... dengan harga RM155,000. Tak sampai satu minggu saya meletak banner di apartment tersebut, ianya sudah disambar orang. Walaupun menunggu selama lebih kurang 9 tahun saya amat berpuas hati dengan jumlah keuntungan hasil jualan apartment ini.

Saya menyeru kepada semua terutama orang Melayu, belilah hartanah kerana ia lebih menguntungkan dari pelaburan emas. Jika korang melabur didalam bentuk emas dan perak, korang tak boleh generate passive income seperti menyewakan emas tersebut. Rumah atau apartment boleh menambah simpanan korang pada setiap bulan. Hasil dari pengalaman saya sendiri telah melabur didalam emas ..adeshh bila harga turun nak jual pun tak boleh, begitu juga sekiranya harga emas naik. Untuk mendapat keuntungan besar dari emas kita perlu tunggu sekurang-kurangnya lebih dari 10 tahun. Berbeza dengan hartanah seperti rumah,  mana ada harga rumah turun dan korang boleh menjana passive income pula ... kecualilah terjadinya kejadian tanah runtuh ke ... atau ada kes bunuh yang berlaku di dalam rumah korang seperti kes Mona Fendi. 

Lagi bagus korang mula dari umur yang muda kerana bank lebih suka orang muda berbanding orang tua seperti saya ini...



Sebagai pelabur di dalam hartanah saya bermula se awal tahun 1990an, membeli dan menjual adalah perkara biasa. Kadang-kadang beli dan flipping untuk mendapat keuntungan segera biasanya untuk hartanah yang dilelong. Ada yang saya "buy and hold", bila tiba masa yang sesuai saya akan menjual hartanah tersebut dengan keuntungan yang setimpalnya.

Salah satu hartanah yang saya buy and hold selama 8-9 tahun ialah apartment di Taman Sutera Kajang. Apartment ini saya beli pada tahun 2004. Sudah tiba masanya saya menjual hartanah ini untuk mendapatkan hartanah yang lebih tinggi nilainya. Kemungkinan untuk saya buy and reside kalau sesuai dengan keluarga dan jiwa saya serasi di kawasan tersebut.


Korang boleh bermula dengan hartanah yang murah-murah, jika duit simpanan korang tak banyak sangatlah kan.. start dengan apartment kos murah yang berharga sekitar seunit RM45 - 75,000. Kalau masih tinggal dengan parent, korang buy and hold dulu. Sewakan untuk mendapat passive income. Orang muda akan membayar ansuran bulanan lebih murah kerana jangkawaktu pembayaran lebih panjang berbanding orang yang lebih berumur. Ada bank yang membenarkan tempoh ansuran sehingga korang berumur 70 tahun. 



kalau ada lebihan RM200-300 selepas ditolak bayaran bulanan itu sudah dikira sebagai keuntungan. Jika korang sudah ada gaji tetap, duit lebihan tersebut janganlah dibelanja tetapi simpanlah di dalam Tabung Haji. Jika lebihan RM200, ini bermakna korang sudah boleh mengumpul RM2,400 setahun. Bayangkan kalaulah korang mampu menambah hartanah di dalam tempoh tersebut, sedar tak sedar korang mungkin sudah bergelar jutawan pada nilaian harta korang.. percaya ke tidak? Cuma korang tak boleh menjadi jutawan di dalam 1 - 2 bulan seperti pelaburan skim cepat kaya atau piramid yang "to good to be true" kesahihannya.



Jika di hold selama 5 tahun korang sudah boleh mengumpul RM12,000. Biasanya Tabung Haji akan memberi 5-7% dividen, ini bermakna korang akan mendapat keuntungan contohnya 5-7% dividen mengikut jumlah simpanan korang. Simpanan ini juga akan menambah kekuatan character  korang bila memohon pinjaman perumahan yang seterusnya. Bank mempunyai istilah "Character Loan" di mana bank akan menilai peminjam tersebut seperti kelulusan sijil hingga PhD. Jika korang ada PhD lagi besarlah character korang, ditambah dengan simpanan tunai yang banyak  lagi mudahlah loan diluluskan. Selain dari itu jangan lupa bayar zakat dan cukai peribadi, hutang-hutang hendaklah dibayar mengikut waktu kerana semua ini dinilai oleh pihak bank. 

Selepas 5 tahun korang boleh memilih untuk terus hold atau jual, kerana pada kebiasaannya harga hartanah tersebut sudah naik sebanyak 100% atau lebih jika dibantu oleh pembangunan disekitarnya, seperti kemudahan awam, sekolah, masjid dan lain-lain. Bagi saya melabur di dalam hartanah adalah lebih "power" keuntungannya dari melabur emas.

Selepas ini saya akan bercerita mengenai cara-cara membeli hartanah lelong dan flipping.. Assalamualaikum & Selamat Malam.



Kenapa Harga Rumah Semakin Naik?



Pada sekitar 2007 saya telah membeli rumah yang berkeluasan 20x65 di Taman Impian Putra, Bangi Lama dengan harga RM163,000, tetapi selepas membayar deposit saya terpaksa batalkan kerana ingin membeli rumah yang sama keluasan di Bandar Baru Bangi dengan harga RM183,000. Perbezaan kedua hartanah ini lebih kurang RM20,000 hanya kerana di Bandar Baru Bangi rumahnya sudah siap dan terdapat sekolah rendah dan menengah dikawasan berhampiran. Sedangkan di Bangi Lama rumah masih didalam pembinaan dan tidak ada satu pun sekolah menengah. Pelik tapi benar di kawasan Bangi Lama hanya terdapat satu sekolah rendah dan tidak ada satu pun sekolah menengah setelah lebih 50 tahun merdeka, sehingga kini sekolah menengah hanya dibina di Bandar Seri Putra yang jaraknya 5km.  

Rumah saya di Gombak berkeluasan 20x65 pada harga asal RM55,000 di beli pada 1990 kini berharga RM390-450,000 dan 
Apartment di Kajang yang dibeli pada 2004 pada harga RM75,000 kini telah berharga RM160,000 yang berkeluasan 791 kaki persegi. 
Rumah saya di Bangi Lama yang dibeli pada harga RM169,000 kini telah berharga RM320-360,000. Peningkatan harga rumah yang mendadak ini amat menguntungkan jika kita melabur membeli hartanah pada usia yang muda.

Namun niat saya terhalang untuk memiliki rumah di Bandar Baru Bangi kerana pemilik rumah tersebut mengalami meroyan selepas lawyer saya membuat permohonan untuk mengetahui baki terkini rumahnya. Maka secara tiba-tiba saya kehilangan separuh wang deposit saya, itu pun selepas saya fight hak saya kerana pembatalan pembelian dibuat oleh pemilik rumah tersebut. Kalau tidak burn semua duit saya. Pelikkan .. 

Selepas itu saya kembali ke projek rumah di Bangi Lama yang sudah masuk ke progress 20% pembinaannya. Wang deposit saya masih ada cuma harga rumah sudah naik kepada RM169,000 (naik RM6,000). Ok lah tu reasonable la kan ..dulu hanya tanah kosong tetapi kini sudah ada frame concrete.. at least saya sudah boleh bermimpi untuk memiliki rumah sendiri yang baru...

Pada waktu itu harga petrol sudah dinaikkan dengan mendadak oleh PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi. Harga barang binaan pun turut naik seperti besi, kayu dan lain-lain tetapi harga simen dikawal oleh kerajaan dengan menetapkan harga siling. Mujurlah saya sudah sign S&P sebelum itu, maka harga rumah saya masih kekal pada harga tersebut. Selepas itu kecoh di akhbar-akhbar bahawa bekalan simen terjejas atau berkurangan. Pengeluar simen mula bermain "sekejab ada sekejab tak ada" macam iklan biskut tu... Hati saya mula risau boleh ke siap rumah aku ni???....

Maka mulalah episod di mana harga rumah melonjak naik bila pada 5 Jun 2008 Pak Lah mengumumkan "HARGA SILING SIMEN DIMANSUHKAN". Ini bermakna harga simen sudah tidak lagi dikawal oleh kerajaan. Maka tersenyum lebarlah semua pengilang simen, dari RM14 harga simen mula naik sehingga RM17.75 pada Ogos 2012. bakal pembeli rumah pula, mula tidak tidur lena bila harga rumah dengan keluasan 20x65 yang baru dilancarkan sudah mencecah lebih RM200 - 250,000 (pada sekitar 2008-2009). 

Terkini pada tahun 2013, selepas 3-5 tahun selepas harga siling simen dimansuhkan. Harga rumah sudah melonjak naik lebih 100%. Harga rumah yang berharga RM170,000 pada 2007-2008 telah meningkat kepada RM320-390,000 pada 2013. Nampaknya semakin sukarlah pembeli rumah untuk membeli rumah yang lebih selesa untuk keluarga. Terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana ditambah dengan kekangan ketat oleh bank-bank yang memberi pinjaman... walaupun mampu mengeluarkan wang 10% deposit untuk membeli rumah tetapi ia belum terjamin untuk korang sudah boleh beli rumah. Bank-bank akan meminta pelbagai dokumen untuk menyaring permohonan korang. Kalau korang bekerja dengan syarikat-syarikat besar, korang ada bonus untuk dipermudahkan kelulusan tetapi jika sebaliknya atau korang sorang peniaga maka harapan mungkin tinggal harapan atau kalau diluluskan pun hanya 80-85% sahaja dibiayai oleh bank dan selebihnya korang kena korek sendirilah!!.

Secara amnya saya berpendapat harga rumah naik memang bagus untuk pelabur tetapi bagi pembeli rumah pertama ia adalah bencana. Sifat tamak oleh segelintir manusia telah menjerumuskan kepada konflik yang paling serius iaitu memiliki rumah sendiri. Jika mampu pun untuk membeli rumah, lokasi rumah dan tempat kerja adalah tidak munasabah seperti korang beli rumah di Seremban tetapi bekerja di Gombak... dah la pengangkutan awam kita masih di tahap dunia ketiga.. kita masih dilabel negara dunia ketiga ke ?? 





Monday, May 27, 2013

Rahsia Bagaimana Orang China Menjadi Kaya Terbongkar!!

 
 
Rahsia Orang China Menjadi Kaya Telah Terbongkar!!!

Rahsia ini amat rahsia hehehe sampai saya terpaksa menjadi spy tak bergaji.. saya berjaya mengorek rahsia mereka tanpa mereka sedari Percaya atau tidak, amalan perniagaan dorang ni meniru gaya Nabi Muhammad saw & sahabat.. kita sebagai orang Islam & Melayu hanya amalkan phD..maaf yer

OK rahsianya ; Orang China mempraktik 3B - Bincang -->Berpakat--->Borong, kita selalu hairan mengapa barang-barang di kedai China lebih murah dari kedai orang Melayu. Contohnya semalam saya membeli acuan buat kek "Made in China" di kedai Melayu berharga RM26.90 ... alih-alih tak cukup , saya singgah beli di kedai China. Beli barang yang sama TETAPI hanya berharga RM13.50!!!

Apakah rahsia dorang? Mudah aje ..let say si Ah Meng nak borong barang di Negara China , dia ingin borong acuan buat kek la contohnya. Ah Meng hanya ada RM10k .. dengan modal RM10K Ah Meng hanya dapat 5,000 unit pada harga beli RM9 se unit .. tapi Ah Meng guna 3B, cari geng BINCANG!! sekurang-kurang 9 orang lagi yg berminat untuk jual acuan kek dan 9 orang lagi akan keluarkan modal 10K setiap sorang...skrg sudah jadi 100K!!! modal ... bila ada 100K BERPAKAT ke China dan BORONG.. dengan 100K mereka dapat 50,000 unit pada harga jauh lebih murah dari sebelum ini iaitu RM3.50 se unit. 
Jadi tidak hairan lah barang di kedai China lebih murah dari kedai kita... Bukan salah sesiapa jika kedai orang Melayu lebih mahal dan tidak kompetitif berbanding kedai orang China..salah kita orang Melayu sendiri. Saya pasti penjual di negara China, Vietnam atau Indonesia pasti akan memberi harga yang murah, tak kira bangsa China atau Melayu jika kita membeli di dalam kuantiti yang besar.
Malangnya 3B tidak ada pada orang Melayu .. malah bila kita terjumpa sesama Melayu di luar negara terutama tempat memborong seperti di China, Vietnam dan Indonesia ... bila terserempak orang-orang Melayu pemborong akan buat-buat tak nampak je!! ... mungkin mereka takut pecah lubang mana dia dapat barang..nak kaya sorang...hermm jika kita orang Melayu boleh buang perasaan PhD...rasanya kita boleh compete harga dengan orang China .... Orang Melayu dan Islam nampaknya tidak yakin dengan janji Allah .. bahawa rezeki masing-masing sudah tertulis dan hanya Allah yang tahu.
Berlainan dengan orang China mereka lebih mempercayai rezeki Allah itu sudah tertulis, tak perlu sembunyi-sembunyi. Mereka berpakat dan akan berbangga jika kawan-kawan mereka juga menjadi seorang jutawan... yang peliknya kebanyakkan dari mereka bukanlah orang Islam.

Friday, May 24, 2013

PRU13 - Berpolitk Jangan Sampai Jadi Macai..




Paling terkejut bila kawan satu kelas di sekolah menengah memaki hamun saya dengan perkataan yang penuh keji. Dia akan menyelit di setiap pos saya di fb .. dan akan maki saya kerana mengatakan pos saya berunsur politik walaupun saya pos "aduss penatnya memandu ...kl jem teruk sampai bilakah begini?" .. cuba bayangkan pos yang macam ni pun ditafsir sebagai politik... saya membalas dengan ringkas "aku menyesal kenal ko ... kerana tak sangka ko macai paling hina pernah aku jumpa!!" Lepas saya reply .. saya unfriend dia di FB.. tak mengapa hilang kawan begitu.. kawan yang terlalu rendah mentalitinya kan...

Sebelum itu kawan saya ni memang aktif pos di FB .. paling dia suka pos ialah menghentam peribadi pemimpin pembangkang, berserta "kununnya" video seks sebagai bukti. Saya sering memberi komen secara kawan-kawan dan mengguna bahasa paling hormat untuk menegur sikap beliau. Saya khuatir dan malu jika anak-anak saya terbaca pos-pos lucah tersebut. Bermula dari situ dia sudah "declare war" terhadap saya ... perghhh!!.. siap ajak geng maki saya.. tetapi mujurlah saya bukan jenis cepat melatah..saya gelak-gelakkan ajer.... kerana saya sangka mereka pun bergurau-gurau ajer , tetapi bila dah hari-hari "attack" saya .. eloklah dia dan geng dia di "unfriend" kan aje.

Saya bukan ahli politik dan tidak ada parti politik pun, cuma saya inginkan perubahan, negara yang bebas rasuah dan jika rakyat teraniya ada individu atau organisasi bebas yang mampu membela nasib rakyat, negara yang lebih maju dengan pentadbiran yang lebih cekap dan Malaysia yang aman damai tanpa persengketaan kaum... itu sahaja yang saya inginkan tetapi ramai yang tafsirkan saya pro PR... 

Nak berpolitik silakan tak ada siapa yang melarang, tetapi janganlah sampai jadi macai.. cuba lihat petikan dari blog ini , maksud macai;

Walaupun maksud "Macai" (馬仔) itu secara terjemahan terus boleh lah dimaksudkan 'budak yang diperkudakan', namun perkataan ini tidak wujud dalam kamus bahasa Cina di Tanah Besar China dan ia merupakan perkataan yang lahir di Tanah Melayu. Ia juga merupakan hasil kependekan kepada "Malaicai" yang disebut dengan bunyi "Macai".

Kredit - http://ipohmalay.blogspot.com/2013/04/asal-usul-perkataan-macai.html

So ... nak berpolitik silakan tapi janganlah jadi macai...  Wasalam 



 

Friday, March 8, 2013

PRU13 - Pemimpin Berasal Dari Rakyat Marhein adalah Pilihan Rakyat




 Di Malaysia dan beberapa Negara di dunia,  akan menjadi tradisi untuk memilih pemimpin dari keturunan yang memimpin sebelumnya.  Jika ayahnya adalah ahli politik terkenal maka anak-anak malah cucu-cucu mereka pun akan mewarisi populariti ayah dan datuk mereka jika mencebur diri di dalam politik. Mereka akan diangkat menjadi pemimpin negeri ataupun negara kerana mereka “berbinkan” ayah dan keturunan datuk mereka yang terkenal. Anak-anak dan cucu pemimpin ini akan membesar sebagai golongan bangsawan yang akan hidup dengan gaya mewah dan bergaya. Mereka ini seperti pepatah English; “born with a silver spoon in mouth” , semuanya sudah tersedia dan hanya perlu disuapkan sahaja. 

Adakah anak dan cucu bangsawan ini memahami masalah rakyat marhaen? Sudah tentu tidak kerana mereka tidak akan bergaul dengan rakyat biasa seperti yang digarapkan didalam filem Tan Sri P.Ramlee, iaitu “Di Antara Dua Darjat”. Segala aktiviti rakyat biasa adalah aktiviti remeh dan leceh bagi mereka, golongan bangsawan hanya akan mengarahkan kuli-kuli untuk melakukan segala kerja dan memenuhi segala keperluan mereka.

Perbandingan jelas di hadapan mata,  kualiti pemimpin dari akar umbi rakyat akan berjaya mentadbir negara dengan sukses dan maju, rakyat akan bersama-sama merasa nikmat pembangunan dan limpahan ekonomi yang dijanakan dan yang paling penting pemimpin berasal dari rakyat biasa akan dapat memenuhi keperluan rakyat marhaen atau golongan rakyat jelata. 

Tepuk dada dan pangkahlah kertas undi dengan bijaksana. Kuasa memilih di tangan kita. Jika masih ingin kekalkan tradisi silakan tetapi teruskanlah dengan gaya kepimpinan orang-orang bangsawan atau ingin berhijrah kepada gaya pemimpin yang berasal dari golongan marhaen,  yang telah terbukti berjaya sebelum ini. 

Salam ceria …. Salam PRU13

Thursday, January 10, 2013

ALLAH Hanya Untuk Orang Islam

Sebagai orang Islam, bila kita bangun dari tidur akan menyebut nama Allah dengan sebutan sekurang-kurangnya "Bismillah.." dan selepas itu akan melakukan solat Subuh dengan menyebut "Allah Huakbar", sebagai Umat Islam kita akan menyebutnya dengan kerap di dalam kehidupan harian. Sebaliknya ...orang Kristian akan menyebut "Jesus Christ" atau "Owh my God", tetapi jika kita menonton drama atau filem Hollywood, sebutan paling popular bagi penganut Kristian ialah "Jesus Christ". 

Saya bukan anti kepada mana-mana agama, kerana semua agama menyeru kepada kebaikan dan bertoleransi. Tak ada satu pun agama di dunia ni,  dok seru pengikutnya buat jahat.. betul ka salah ? kalau salah tolong bagitau agama apakah itu ?

Sejarah Kristian memang lama dah semenjak seperti yang dorang percayalah, bahawa Nabi Isa disalib (bagi orang Islam adalah sebaliknya). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Isa itu anak tuhan (bukan Allah ok).Itu kepercayaan mereka dan orang Islam telah berhujah bahawa kalau dorang maksudkan tuhan yang ada anak itu adalah Allah, maka itu adalah tidak benar sama sekali. Simple je kan.. ALLAH adalah ESA tidak ada isteri, anak dan tiada ada kelemahan seperti hamba-Nya , iaitu kita. 

Setahu sayalah hanya, Kristian di Malaysia dan Indonesia saja yang galak benar nak guna nama Allah, tetapi di Vatican tak ada pula dok kecoh-kecoh (kalau saya silap tolong bagitau naaa). Ustaz Dato Dr Haron Din sendiri telah mengkaji Bible. Beliau telah membuat kajian bahawa tidak ada satu pun perkataan ALLAH di dalam Bible. Bible hanya merujuk kepada perkataan GOD.

Kalau lah nak sangat guna nama ALLAH, adakah dorang sanggup declare bahawa Al-Quran itu benar dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul yang terakhir?. Umat Islam mengiktiraf semua Rasul dan Nabi yang di Wahyukan kepada Baginda Rasulullah melalui Al-Quran. Jika mereka anggap Allah orang Islam adalah sama dengan GOD dorang ... Sila declare bahawa Al-Quran itu adalah Wahyu Allah dan tidak ada keraguan, Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir dan Hadis Baginda adalah dari Allah... dan jangan sesekali dok sebut Isa itu anak Allah dan declare bahawa Isa itu BUKAN anak Allah kerana Allah itu Maha Esa. Boleh ke?