Tuesday, June 21, 2011

Al-Fatihah - Kartunis Ujang Pereka Watak Mat Despatch Meninggal Dunia

Al-Fatihah, pada awal pagi sedang sedap-sedap hirup Nescafe, Cool tersentak sedikit bila terbaca tajuk Kartunis Ujang Meninggal Dunia. Mana tak terperanjat Cool membesar di dalam area Majalah Gila-Gila dan Ujang yang mengguna watak Din Beramboi yang meletuo-letup jualannya sekitar awal tahun 80an dan sampai sekarang pun masih diminati ramai. Tapi yang tak bestnya Harian Metro ni buat tajuk mengelirukan, ingat bos Ujang ( Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Mohd Noor ),  yang telah pergi rupanya pereka watak MAT DESPATCH dengan kata-kata popularnya DUA RINGGIT BOS!.  Harian Metro tolonglah buat tajuk ikut gaya bahasa yang betul dan mudah mudah faham!

Cool selidik-selidik, surf di internet baru tau yang Qayyum seorang Kartunis di Majalah Ujang yang meninggal dunia. Masih muda baru berusia 41 dan dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Nampaknya kita akan merindui kartun MAT DESPATCH dan DUA RINGGIT BOS, saya amat meminati kartun tersebut. AL - FATIHAH semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman......

Profil Qayyum yang saya pinjam dari blog http://www.khairil.com/

Nama : nama panjang rashdan nama pendek dan jumbo

Nama samaran : nama besar qayyum nama kecik q

E-mail : posto pun boleh

Facebook : baru merancang nak buat

Alamat : no.8, kampung dusun (rumah sarip dol).

Hari di beranak : hari jumaat

Tempat beranak : sama tempat lahir ahmad albab

Makan kesukaan : yang sebelum makan kena ambik bau dulu... Lazat?

Minuman kegemaran : jin n tonik

Mainan kesayangan : bangsi hikmat

Warna peberet : warna warni kehidupan

Binatang kesukaan : binatang apa dia tunggang

Bacaan kesukaan : hikayat 1001 darham... Eh... Malam

Kenderaan kenaikan : cam kereta haji bakhil... Cantik bukan? Macam setan

Hobi : saya suka main bola... Hari-hari saya main bola

Cita-cita : champion of screw

Sejarah hidup : hidup susah mati pun susah... Mati kena pegang bendela

Pencapaian kerjaya : menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang...

Sepatah dua kata : lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu sama-sama makan, semoga mati dalam iman

sumber http://ujang.com.my/kitorang.php

Saturday, June 18, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

PRINTIS...(dari kiri) David, Mohd Nor, Shaheizy, Ana, Siti, Intan, Nurul dan Aizat tampak bergaya dengan pakaian celoreng.  

PENAMPILAN penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memakai seragam beruniform Askar Wataniah tampak segak. Siti yang dikenali dengan penampilan sopan, tetap kelihatan anggun memakai pakaian celoreng. 

Biarpun tanpa seragam lengkap, gaya bintang pujaan ramai itu seolah-oleh seperti sebahagian daripada platun tentera yang mengikuti kursus latihan.

Jom masuk Askar Wataniah!! hehe

Takziah Kepada Awie


Al-Fatihah .... Ayah Awie penyanyi rock yang terkenal telah meninggal dunia pada 16 Jun 2011 pada jam 12:30 pagi.  Saya kenali Awie dan WINGS sekitar tahun 1987 tetapi tdak pernah bersembang pun dengan Awie, sehingga Awie buka opis di Seri Gombak pun sering terserempak dengan Awie tetapi saya ni kinda tak reti nak beramah mesra dengan selebriti .. pemalu la katakan hehe. 

Drummer Wings time tu Black, mempunyai karekter yang lebih mudah mesra, kami saling kenal mengenali di Komplek Wilayah, time tu lepak di Komplek Wilayah main snooker di Kelab Rally (sekarang dah sejarah kot kelab tu) selepas penat buang duit kami akan makan-makan secara bajet di kedai mamak Jalan Doraisamy. 

Komplek Wilayah pernah menjadi "port" utama kepada  artis hebat seperti Diva Rock Ratu Rock Ella & Boys,  Hattan, Rahim Maarof dan band-band rock sekitar tahun 80an. Komplek Wilayah pada waktu itu mempunyai beberapa pusat "jamming" untuk artis-artis berlatih muzik, pusat menjual alat-alat muzik dan juga Kolej Swasta, meriah time tu.. naik lift je terserempak dengan Ella, time buka posa join Hattan dan artis-artis, glamor juga rasa hehe ... semua tu dah jadi memori.

Al-Fatihah kepada ..  Allahyarham ayah Awie...

Friday, June 17, 2011

www.gov.my back in action

Despite being hacked by the group of hackers, the official website for the government of Malaysia is back in action, Malaysia’s Communications and Multimedia Commission (MCMC) said that it detected service outages due to attack to 91 websites, 51 websites of which are in the .gov.my domain and that 41 of the sites suffered various levels of disruption including http://malaysia.gov.my and http://sabahtourism.com. The ‘Operation Malaysia’ was executed by an international hackers group called “Anonymous” who had given ample time by warning the government of their intention prior to the attack. It was believed that a local-based Dragon Force was part of the attackers.


Warning message from the hackers, Anonymous:

Greetings, Malaysia,

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.

MCMC said the attack started at 11:30pm Wednesday and since then many websites have recovered. MCMC admitted even its own website was attacked. However certain sites such as SabahTourism.com is still down as of time this blog is written.

AN OFFICIAL STATEMENT FROM THE MALAYSIAN
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA COMMISSION (MCMC) IN
RELATION TO THE HACKING OF MALAYSIAN GOVERNMENT
WEBSITES BY UNKNOWN HACKERS

Cyberjaya – Regarding the threat by unknown hackers to attack
websites with the .gov.my domain, the Malaysian Communications and
Multimedia Commission (MCMC) confirms that there were indeed
attempts to hack several websites, including www.skmm.gov.my. The
attempt to hack MCMC’s website was not successful.

These attacks started at approximately 11.30pm, on 15 June 2011. We
are able to confirm that 51 .gov.my websites were attacked and there
has been disruption at various levels to at least 41 of those websites.
However, we do not expect the overall recovery to these websites to
take long as most websites have already recovered from the attack.
Our monitoring of the situation showed that there was a reduced level
of attacks by 4.00am this morning and upon further evaluation, so far
we gauge that there has been little impact on Malaysian users as a
result of this attack.

MCMC’s Network Security Center has been making concerted efforts to
mitigate the attacks around the clock and will continue to work with
other enforcement agencies and security experts as well service
providers to monitor the situation.

The public is advised to report any information they may have
regarding the identity of these hackers as the act to disrupt network
services is a serious offence, which is punishable by law."

Note : 

Clear and present danger to Government's website is most vulnerable cyber threat ever happened. The government should co-operate with local hacker to neutralize the attack in future, because only hacker know how to treat another hackers threat, not a normal programmer with monthly paycheck. Some sources said there is no challenging or less challenging action between the hacker and web's admin at the time of intrusion.

Thursday, June 16, 2011

Benjy dan isteri masih sah sebagai suami dan isteri



Cool ambil artikel dari Harian Metro Online, untuk dijadikan ikhtibar kepada Cool dan sesiapa yang sudah berkahwin, semoga janganlah mudah sangat melafazkan perkataan cerai kepada isteri kita. Perkataan cerai amat tidak disukai oleh Allah SWT walaupun dibenarkan oleh Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin.

Seperti lapuran Harian Metro;

KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.
“Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.

“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya itu pada jam 10 malam pada hari sama.

Katanya, lafaz rujuk yang dilafazkan Benjy itu sah kerana Safiya masih dalam tempoh edah serta pihak terbabit turut bersetuju dengan fakta walaupun terdapat beberapa pindaan dan mahkamah memutuskan mereka masih sah suami isteri.
Sejurus prosiding selesai Benjy terus dibawa meninggalkan mahkamah oleh polis dan Safiya dilihat berbual mesra dengan ibu mentuanya seniwati Azean Irdawaty di luar mahkamah.
Safiya memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu pada 7 Februari 2011 di mahkamah menamakan Benjy sebagai defendan.

Lirik Nasyid: Sepohon Kayu / Kalau Tak Sembahyang

Sehari dua ni Cool asyik komen pasal artis je kan, adoi mengumpat dorang dok seksi-seksi je hehe.. kali ni cool nak ajak korang hafal lagu nasyid ni. Lirik nasyid ni amat mudah dan "direct to the point".. dan boleh menginsafkan kita..




Kalau Tak Sembahyang

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunatpun ada bukan sebarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Lagu : Amaluddin (Hakcipta Amaluddin)
Lirik : Copyright Controlled

Wednesday, June 15, 2011

Gambar Dato' Siti Nurhaliza Waktu Sekolah

Wow! Cutenye Dato Siti Nurhaliza sewaktu sekolah, suci je mukanya hehe (pinjam kata-kata adik saya ni). Tingkatan berapa la agaknya time ni ek? Dato Siti Nurhaliza tolong jawabkan boleh? Kalau tenung-tenung tarikh di gambar tu 12-01-1996, kalau ditolak tarikh lahir Siti Nurhaliza iaitu 11 Januari 1979 (saya lahir 12-01 sama bulan la Dato Siti hehehe), maka umur Siti Nurhaliza time ni adalah 17 tahun..form 5 gitu kan.

Sapa leh sahkan? cer citer ..cer citer hehehe

Nota : Gambar kredit kepada gambarartis.blogspot.com