Daulat Tuanku, Selamat Hari Lahir semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.... Aminnn
Yang Baik dan Berhemah Semuanya Dari Allah..dan Yang Buruk Semuanya Dari Saya.
Wednesday, November 28, 2012
Sambutan Hari Jadi Sultan Pahang Yang Meriah (18-81)
Daulat Tuanku, Selamat Hari Lahir semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.... Aminnn
Saturday, September 22, 2012
Innocence Of Islam dan DAP
Soalan pertama yang saya selalu terpikiaq di fikiran, why? mengapa? wei shen me (为什么) ? dan lah-mah (hebrew)?. Bermula dengan si bangsat Salman Rushdie sehingglah yang terbaru Nakoula Basseley Nakoula (nama dia ni pun dah ala-ala nama syaitan kan), dah la kurang ajar lepas tu Nakoula atau Sam Basile ni adalah kapiaq paling pengecut berbanding lain-lain kapiaq seperti Salman Rushdie yang kita tau juga rupa dia macam mana kann ..dia pi larik sembunyikan diri lepas tu bila kena tangkap tutup muka... pirahhh . Depa ni tak serik-serik, tak puas-puas dok hina Al-Quran dan Baginda Rasulullah. Ada yang buat kartun dan filem, ada yang bakaq Al-Quran, fitnah 9-11 dan buat isu Islamofobia. Mengapa ?.
Paling depa suka, depa reka cerita menghina Baginda Rasulullah yang telah wafat selama 1433 tahun lamanya. Depa sangat takut dengan nama Muhammad. Masakan tidak, tidak ada penganut agama lain yang boleh meniru aqidah Umat Islam pada zaman selepas kemangkatan Baginda. Umat Islam selepas Baginda wafat, tidak pernah melihat wajah Baginda sama ada imej lukisan atau di dalam bentuk lain, tetapi Umat Islam tanpa ragu-ragu amat menyayangi, menyanjung Baginda dan menjadi asas aqidah Umat Islam untuk mempercayai dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul dan Pesuruh Allah. Ada ka tokoh lain yang sehebat Rasulullah saw.. jawapannya tidak ada!!. Umat Islam tanpa ragu-ragu berikrar sekurang-kurang 5 kali sehari bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu Persuruh Allah.
Berbeza dengan agama lain, depa ada gambar, depa ada patung dan lukisan yang mengambarkan tuhan atau dewa mereka. Kristian ada patung Jesus di salib, sementara agama Buddha ada patung imej Buddha, kaum India juga mempunyai dewa mereka yang diukir dan dibuat patung-patung yang mereka kata menyerupai dewa atau tuhan kepercayaan mereka.
Umat Islam menolak semua bentuk pemujaan, Allah tidak akan menyerupai apa-apa pun yang terfikir di fikiran manusia, kerana jika ada yang boleh membayangkan bentuk rupa Allah, sohih dia tu sesat!!. Begitu juga rupa Rasulullah saw, Islam melarang Umatnya untuk membayangkan atau melakar rupa bentuk atau imej Baginda kerana pasti akan ada yang manusia yang akan memuja gambar baginda. Sememangnya
diakui, tidak terdapat nas (pernyataan) yang jelas dalam Al-Quran yang
melarang melukis gambar Rasulullah s.a.w. Namun, ini tidak bermakna
bahawa larangan itu tertegak atas hujah yang rapuh kerana Al-Quran bukan
hanya satu-satunya sumber hukum Islam.
Memang betui tak ada nas yang jelas, tapi isunya depa melukis, depa buat filem semuanya berbentuk fitnah, menghina dan mengaibkan keperibadian Baginda, tu yang salahnya.. jika depa melukis dan buat filem hanya sekadar penceritaan tanpa menghina dan mengaibkan baginda, saya rasa tidak lah jadi kecoh satu dunia..macam sekarang ni. Umat Islam setahu sayalah tidak pernah pun menghina mana-mana kepercayaan agama lain secara membuat filem atau imej.
Secara peribadi saya berpendapat, depa ni AMAT TAKUT dengan pengaruh Baginda, depa amat takut dengan keperibadian Baginda yang amat mulia, depa amat takut dengan hadis Baginda dan depa amat takut kerana Baginda menerima Wahyu dari Allah sehingga lengkapnya Al-Quran yang menjadi pedoman, garis panduan dan hukum-hakam yang diguna pakai di seluruh dunia tanpa mempunyai versi-versi seperti Bible. Al-Quran tetap sama walaupun di Kutub Utara dan tetap sama di Kutub Selatan. Walaupun Baginda sudah wafat selama 1433 tahun lama.. tapi depa masih dok takut dengan Baginda...
Harap-harap Sultan tarik balik pangkat Dato' si Ngeh ni
Bila Umat Islam membantah sekeras-kerasnya tindakan kurang ajar extremis Yahudi dan Kristian, ada pula suara-suara puak yang bodo pasal Islam dok komen di laman Twitter. Seperti komen bodo dan kurang ajar Setiausaha Agong DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham. Ada ka dia kata buat apalah Umat Islam dok buang tenaga, penat-penat dok buat demonstrasi pasal kes hina Rasulullah... dia ni asai mana yer? Hongkong ke? atau Beijing? semua tidak.... dia ni asai dari Perak, Malaysia. Dia pun bukan budak-budak lagi, dah tua, mustahil lah dia tak tau kes-kes yang melibatkan Allah dan Rasul amat sensitif bagi orang Islam dan Melayu amnya. Lepas dah orang Islam dok marah dia termasuk geng dia dari PAS, barulah minta maaf, eloklah la kan... buat hal lepas tu minta maaf, damage is done.. What da hell kan..... kalau lah orang Melayu atau Islam dah sohih kena tahan dan di dakwa tapi bila depa buat...
Labels:
al-quran,
bible,
buddha,
dap,
innocence of islam,
kristian,
nabi muhammad,
nakoula basseley nakoula,
ngeh ko ham,
PAS,
salman rushdie
Saturday, August 4, 2012
Penjaja Pasar Ramadan Mesti Ikhlas
Jangan tak percaya jika saya habaq yang saya pernah menjuai di Pasar Ramadan.. ini adalah pengalaman yang tak ternilai, memang penat tapi berbaloi-baloi bila pembeli yang mai semalam dia repeat mai beli lagi esoknya. Produk saya hanya 1 iaitu ayaq Lee Chi Kang atau Len Chi Kang atai Laicikang. Saya tulih di meja saya waktu tu Laicikang, jadi saya akan guna nama Laicikang lah kan ..
Pot saya berniaga waktu tu (1995) Pasar Ramadan Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Pasar Ramadan yang terbesaq di Bandar Baru Bangi.. sampai la ni pun Pasar Ramadan Sesyen 16 masih kekal sebagai status Pasar Ramadan yang paling popular dan terbesaq.
Gambar kredit kepada - http://www.azuanzahdi.com
Laicikang yang saya juai dibungkuih didalam plastik yang mempunyai bahan-bahan cukup menarik, dengan pelbagai kaler dan isinya nampak sangat mantap. Orang lain juai RM1.20 saya juai RM2.00 tapi Alhamdulillah saya mampu habiskan 100 bungkus untuk 1 hari. Yang paling penting pembeli setia yang akan "repeat order". Saya perasan ada yang mai beli hari-hari. Menghargai kesetiaan dia, saya bagi "free gift". Dia beli 1 dapat 1 percuma.
Mesti hangpa rasa pelik awat pula orang sanggup mai beli Laicikang saya yang mahai RM0.80 ni berbanding peniaga lain? Apa rahsia saya.. mesti hangpa nak tau kan ehehe.... Saya guna pelarih (pelaris) kot, ish tu dan syirik Nauzubillah. Cara saya mudah saja, saya IKHLAS untuk menyediakan sesuatu yang lazat untuk orang yang berpuasa, selain dari mencari keuntungan hasil dari perniagaan saya.
Itu pesan Allahyarham ayah saya (Meninggai tahun 1998.. Al-Fatihah) dan sampai la ni mak saya pun pesan "hang bila berniaga mesti ikhlas, bila ikhlas hang juai apa pun akan berkat". Begitu juga Rasulullah, baginda seorang ushawan yang jujur dan ikhlas.
Juadah yang rasa teruk akan membuat orang yang membeli tu akan menyumpah, itu adalah doa. Lagipun peniaga Pasar Ramadan akan duduk situ dok berniaga selama sebulan. Hampir 90% orang yang sama akan mai ke Pasar Ramadan yang sama setiap hari. Cerita mengenai masakan atau juadah anda akan diceritakan kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Sebaliknya jika sedap akan bertambah lah pembeli jika rasa teruk maka setiap hari pembeli akan menyusut.. harap nak untung alih-alih tak balik modai pun.
Tu Diaaaa Pak Tam, restoran nasi kandaq. Orang kampung saya lah tu, asainya dia mula berniaga di gerai tepi jalan ja.. la ni dia dah buka restoran yang "grand" di Batu Caves berhampiran Stadium MPS Selayang dan terbaru dia buka di R & R PLUS. Kalau sapa yang pernah pi R & R Tapah akan jumpalah restoran dia, bukan di Tapah saja ada restoran dia, tapi ada beberapa R & R yang saya tak ingat..hebatkan dari tepi jalan .. sekarang mungkin dah JUTAWAN .. itulah namanya JUTAWAN SENYAP.
Sepanjang bulan posa ni saya semacam dah serik nak beli kuih atau lauk-pauk di Pasar Ramadan. Membaziaq amalan syaitan.. walaupun syaitan kena gari saya dok buat perangai dia. Maaf cakap dah la mahai tapi rasanya alahai ... last sekali masuk bakui sampah. Pernah saya simpan dalam peti ais, pastu sahoq perangat (panaskan) semula. Malangnya saya dan keluarga tak sentuh pun lauk-pauk yang dibeli tu.
Mahai takpa, orang sanggup bayaq. Orang sekarang dah berduit tak macam dulu-dulu. Ni dah la mahai rasanya tak sedap langsung. Saya dah buktikan saya juai mahai tapi orang tetap beli sebab Laicikang saya mempunyai rasa yang lazat, berbanding yang murah.
Saya menyeru kepada penjaja Pasar Ramadan, sajilah juadah yang terbaik untuk pembeli yang berharap sesuatu yang sedap untuk berbuka berpuasa. Sedialah dengan ikhlas Insya Allah anda semua akan mendapat berkat dan keuntungan di dunia dan akhirat.
Maaf jika saya terkasar bahasa.. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semuanya dari saya semata-mata.....
Tuesday, July 31, 2012
Tak dak duit tukarlah..pi lah tukar dulu naa!!
Duit kecik tak da ke bang?
Pejam celik pejam celik dah 11 Ramadan 1433, kalau teruih pejam maka 1434 kita dah takdak didunia ni kan hehe.. sat ja masa berlalu tanpa kita sedaq tiba-tiba ja rambut dah beruban. Masih terbayang zaman sewaktu zaman kanak-kanak riang dulu. Waktu tu sekitaq awal 80an sampai la awai 90an peniaga Melayu sangat sedikit. Di Aloq Staq tempat saya mula kenai dunia sepanjang saya ingatlah takdak satu pun kedai Melayu, samada kedai runcit, restoran atau bengkel gheta. Paling koman pun bila pi market (pasar) ada la sorang dua peniaga Melayu juai ulam-ulam.
Kedai runcit didominasi peniaga Cina dan ada satu dua kedai Mamak atau India. Kalau mai Tahun Baru Cina, saya ingat lagi time tu lah ayah saya terpaksa beli sardine banyak-banyak, beli beraih dan ikan masin untuk buat stok. Kalau tidak kebuloq lah anak beranak tak dak makanan. Pasai apa tau?... sebab habih semua kedai Cina tutup. Aloq Staq jadi mandom (slow) dalam satu dua minggu sebab banyak kedai tak beroperasi pasai Raya Cina.
Punyalah raya dan depa tak heran pun kaum lain lapaq ka nak mampuih ka, depa hanya tau raya sakan sampai ada yang pulun 2 minggu direct. Tapi selepaih tu keadaan agak berubah. Slow-slow peniaga Melayu mula buka kedai runcit malah ada yang buka pasar raya, restoran dan bengkel gheta. Sampai la ni Raya Cina pun Cina dah tamau cuti lama-lama sebab takut rugi kata depa. Bangga jugalah dengan bekaih PM yang juga asai dari Aloq Staq tu ..sapa lagi Tun M lah. Berkat usaha Tun dominasi mula longgaq, tak lah depa dok raya sakan sangat.
Peniaga Melayu Kurang Cekap?
Kalau nak kata tak cekap memang bohonglah, ramai peniaga Melayu dah jutawan ( ada yang kata kroni tapi lantaklah, tu politik saya tak campoq hehe). Kalau tak cekap mana boleh jadi jutawan seperti orang Kedah juga, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tu. Tan Sri Rozali Ishak juai ayaq sampai jutawan, mestilah cekap dia tu kan. Beberapa nama besaq lain yang tak payah nak sebutlah di sini, maka isu cekap tu sangalah subjektif.
Cuma saya ingin sentuh pasai beberapa perkara yang mungkin peniaga Melayu rasa mengarut atau merapu iaitu isu duit tukaq… hahaha pasti peniaga yang baca ni gelak sampai bergulin-gulin. Memang mangkaq betui Drcool ni .. ada ka cerita pasai ni ja.
Tapi hangpa pernah tak kensel nak pi kedai makan Kak Jah sebab hangpa tak dak duit kecik atau hangpa meluat tengok muka Kak Jah tarik muka panjang bila hangpa huloq duit besaq? Hangpa lebih rela pi kedai mamak pekena roti canai keraih dari tengok muka Kak Jah yang comel tu. Alasannya hangpa tak dak duit kecik!!. Mamak yang tak berapa comel tu tak pernah tarik muka bila hangpa huloq duit besaq, malah mamak tu ready semua barang termasuk rokok, mesra pelanggan dengan mulut yang amat maneh dari gula.
Tambah la kalau pi pasaq Ramadan atau pasaq malam, lagi la haru.. kita pula yang bersusah payah pi tukaq duit kecik, untuk memudahkan kita membeli belah di pasaq Ramadan atau pasaq Malam. Patutnya sebagai peniaga adalah “haram” untuk menyusahkan pelanggan. Kita kena mudahkan segala urusan termasuk duit kecik.
Sebagai peniaga saya rasa kita sebagai peniaga Melayu terlupa nak kaji, terutama restoran dan penjaja;
- Senyum selalu dan mesra pelanggan – kalau la tak penting, cuba pi Mcdonald atau Pizza Hut yang bernilai Multi-billion punya bisnes . Kita masuk ja dalam restoran staff-staff depa teruih sapa “hi Sir” atau “Welcome Sir” … bila nak balik je “Thank you sir , please come again”. Semua staff depa senyum mesra. Bagi yang baru ribu-ribu nih perlulah lebih mesra dari Mcdonald dan Pizza Hut betui dak?
- Duit tukaq – kalau rasa pasai duit tukaq ni remeh cuba hangpa letak kan diri hangpa sebagai pembeli dan bila hangpa huloq ja duit besaq orang dok merungut.. apa perasaan hangpa? Bukan senang nak dapat duit orang walaupun seringgit, kena usaha dan berdoa. Kalau hanya berdoa tapi tak dak usaha maka jangan lah heran kalau kita rugi memanjang.
- Rokok – Tabiat pelanggan depa suka semua ada “under one roof”, terutama rokok. Bagi perokok akan memilih restoran Mamak kerana 99.9% restoran Mamak ada juai rokok, tetapi 99% restoran Melayu hanya ada kaunter rokok saja.
- Lokasi – Restoran Mamak akan “booking” lot tepi atau cornet lot di semua kawasan perumahan. Walaupun kawasan perumahan tu masih baru dan orang pun tak dak lagi. Tapi tunggu dan lihat selepas 1-2 tahun restoran Mamak akan jadi “hot spot” penuh dengan pelanggan.
- Kualiti – kualiti produk atau restoran adalah subjektif. Jika sedap adalah bonus dan boleh menarik ramai pelanggan. Kenapa saya kata subjektif ? Cuba kita nilai kualiti makanan di restoran Mamak, tak sedap mana pun kan.. tetapi kerana Mamak ni bijak membaca “consumer habit” maka depa lebih berjaya dari kita.
- Perpaduan – ternyata kaum India, Mamak dan Cina mempunyai ikatan yang kuat sesama mereka. Cuba lihat contoh restoran Mamak 786, depa ada di mana-mana saja. Dan majority dari depa “set up” restoran yang “tip top”, paling utama ahli persatuan depa semua buka restoran di corner lot.. begitu juga Cina, cuba lihat harga barang runcit di kedai runcit yang kecik ja tak payah la nak compare dengan pasaraya. Kedai runcit Cina yang satu pintu saja pun boleh juai harga runcit yang sama dengan harga di TESCO dan GIANT!!. Sedangkan persatuan kaum kita.. hermm pikiaqlah sendiri. Begitu juga politik, orang kita dok “kill-kill” sama kita tapi depa “cool” ja. Opps politik lak heheh sorry naa!!
Sebagai peniaga kita perlu ambil contoh yang baik dari yang telah berjaya seperti yang dipraktikkan oleh peniaga India dan Cina yang telah terbukti mempunyai pengalaman yang lebih lama dari kita orang Melayu.
Ceria-ceria selalu, maaf jika saya terkasar bahasa. Selamat berpuasa…
Labels:
giant,
mcdonald,
pasar malam,
pasar ramadan,
penjaja melayu,
pizza hut,
restoran mamak,
tesco,
tun m
Monday, July 23, 2012
Ariel Peterpan Dibebaskan Hari Ini
Ariel Peterpan atau nama manja dia "Ariel Peterporn" (nakai betui depa ni kan boh nama dia lagu tu hehehe) telah dibebaskan hari ni.. moga-moga dia bertaubatlah kan dari dok buat gheja tak senonoh tu. Kebetulan dia dibebaskan pada bulan yang penuh barakah ni Bulan Ramadan. Tapi yang tak bestnya dia sorang ja kena penjara ..heroin dia dok bebas!! Macam Cut Tari tu lagi haru dah ada suami tu ... dan seorang Islam. Luna Maya pun sama dok relax ja .. rasanya Ariel Peterpan mmg naya lah hehe..
Berikut ialah petikan dari Berita Harian :
Ariel Peterpan dibebaskan hari ini
BANDUNG: Selepas dua tahun meringkuk di penjara Bandung, vokalis kumpulan Peterpan, Ariel hari ini dibebaskan dengan syarat selepas didapati bersalah terbabit dalam pengedaran video lucah. Pembebasan Ariel tepat jam 9 pagi (waktu tempatan) itu disambut ribuan peminat beliau dan ratusan wakil media tempatan dan asing. Ariel yang dikawal ketat oleh pihak polis dan lengkap berkemeja putih dan jaket kelabu itu melahirkan rasa terharu apabila peminat melaungkan namanya tanpa henti.
Terdahulu, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Negeri Bandùng selepas didapati bersalah kerana terbabit dalam pengedaran video porno. Kes pengedaran video lucah yang membabitkan Ariel dengan dua artis wanita popular tempatan, Luna Maya dan Cut Turi itu mencetus kemarahan di kalangan penduduk Islam di negara itu. Pada jam 4 petang ini (5 petang waktu Malaysia), Ariel bakal mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di sini. ari ini
Sunday, July 15, 2012
Gambar-Gambar Kelab Pemilik Toyota Innova (KPIM) Part 1
Kali ni saya post gambaq2 yang saya rasa boleh membuat ayaq lioq pemilik Toyota Innova yang belum join akan meleleh ayaq lioq untuk join the club hehehe .... tengoklah gambaq di atas YDP En.Rahim Ghazali sedang bergaya dengan moto besaq Polis Peronda PDRM, beliau sebenaqnya bekas perajurit iaitu TUDM.
Lawa tak Innova yang dah diloweredkan, dimekap dengan rim sukan 17 inci dan tayar Yokohama low profile?
Ini gambaq sewaktu Kelab Pemilik Innova Malaysia join Perjumpaan Komuniti MPV Malaysia pada 8 Julai 2012.
Berbaris dengan megahnya di Perjumpaan Komuniti MPV Malaysia 8 Julai lepas. Boleh dikatakan Kelab Pemilik Innova Malaysia yang paling organise sekali sewaktu perjumpaan tersebut. Di tambah dengan adanya escort oleh Polis Trafik PDRM... hebat woo KPIM nih. Lain-lain kelab mana ada escort..
Ahli-ahli yang komited untuk menjayakan TT dan mesorat KPIM di R & R Awan Besar pada 13 Julai 2012.
Timbalan YDP (En.Solihin) mai dengan moto peronda Polis tuh .. habis cuak mat-mat rempit di R & R Awan Besar malam tu hehehe
Abang yang senyum macho atas moto Polis ni nama dia Herda ..antara orang kuat Kelab Pemilik Innova Malaysia ...
Saya rasa la kan apa kata Presiden minta TOYOTA MALAYSIA sponsor apa-apa lah contohnya fulus ke, souvenir ke atau apa-apa je la sebab Kelab Pemilik Toyota Innova Malaysia secara tak langsung telah mempromosi Toyota Innova dan seluruh produk Toyota secara amnya.
Banyak lagi gambar-gambar yang menarik akan saya boh di blog ... tunggu je lah kann ... kau ada? hehehehe
Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM)
Telah diluluskan pada 06.04.2011 dengan nombor pendaftaran 1807-11-SEL
Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) memang best dan KPIM juga bukan kelab haram taw.. kelab ni berdaftar dengan ROS... so segala aktiviti KPIM adalah Halalan Toiyiban. Jika ada terbaca artikel ini dan anda seorang pemilik Innova yang hebat lagi best atau sedang bercadang-cadang nak sambaq sebijik Innova, anda dijemput untuk join di FACEBOOK .. jangan malu-malu, kami semua peramah taw.. saya sendiri semalam baru 1st time pi join yang dipanggil T.T di R & R Awan Besar dan disifatkan oleh YDP En.Rahim Ghazali sebagai TT yang "termeriah" sampai beliau lupa nak makan tu hahahaha....
Anda boleh join komuniti KPIM sebagai ahli di FB sahaja untuk "beramas mesra" atau join dua-dua sekaligus. Join di FB dan sebagai ahli yang membayar yuran untuk sertai pelbagai aktiviti yang best seperti konvoi, aktiviti amal, sukan dan T.T untuk mengerat silaratulrahim.. (yuran pun murah ja untuk tampung aktiviti kelab). Selain dari itu di FB kita boleh bertukar pendapat mengenai Toyota Innova kita, seperti penjagaan kereta, idea untuk modifikasi seperti memekap Innova anda jadi cun melecun, tip-tip jimat petrol dan macam-macam lagi. Rugi kalau tak join broo.. eh and sis hehehe ... KPIM juga ada ahli wanita tau!! Rasanya kelab-kelab lain takdak kan kan kan..
Semalam memang best (13.01.2012) yang sebenaq nya 13.07.2012 silap type naaa jgn marah hehe .. lepas mesorat brother Solihin KPIM 007 (saya KPIM 047) yang juga Polis Trafik dengan megahnya meng"escort" para Innovarian ke Indah Parade ... saya tak dapat join sebab depa semua nak karaoke hehe .. saya bukan tak pandai karaoke tapi bila nyayi ja semua rentak Negaraku dari kena marah dengan pencipta lagu tu sebab saya rosakkan lagu dia baik saya jangan karaoke .. saya berniat baik taw .. so baik balik lah hehehe ... lagipun kunci rumah tak bawa, naya kena tidoq dalam gheta pula saya hehe..
Bro Solihin dengan moto besaq beliau, macam artis tu kena serbu hehehe
Bro Solihin ni berkenalan dengan saya sebelum saya betul-betul join the club lagik.. tapi dengan cara yang seram sejuk kehkeh mana tidak dia ni kan Polis Trafik.. satu hari tu saya kena tahan sebab tak pakai tali pinggang keledar.. mujoq la bro Solihin perasan sticker kelab KPIM ... so dengan budi bicara kawan sekelab dia pun lepaskan saya dengan pesanan "lenkali pakai tali pinggang taw" .. adoyaii seram tol bila ingat hehehe.. Tapi untungkan jadi ahli kelab, kita boleh berkenalan dengan pelbagai lapisan orang dan kerja terutama POLIS hehehehe...Ok last sekali ..jenguk-jenguklah kami di FB ok dan join sekali.. Salam ceria
Friday, July 13, 2012
Aduhai Drebar Pompan
Bukan sekali dua saya didera oleh drebar pompan nih, dah beribu-ribu kali depa dera saya di jalan raya, bila saya drive ja depa dera saya bila tak drive je depa tak dera .. begitulah penderitaan saya sedey kan.
Macam-macam jenih la drebar pompan nih .. yang cekap dan berhemah pun ada tapi tak ramai la.. yang kaki mendera nih mmg ramai. Ada yang dera saya dengan bawa gheta dok tgh-tgh jalan di heway yg 3 lorong .. muka dgn keseriusan kunun fokus kepada pemanduan depa tapi hang dok tengah jalan kak long dah tu 30-40 km sejam adoyaiii ... bas ekpress dan lori treler pun menderita dengan depa ni. Bagi la lampu ka siren ka hon ka dia tetap dok tgh2 heway tu (lelaki pun ada species nih).
Macam-macam jenih la drebar pompan nih .. yang cekap dan berhemah pun ada tapi tak ramai la.. yang kaki mendera nih mmg ramai. Ada yang dera saya dengan bawa gheta dok tgh-tgh jalan di heway yg 3 lorong .. muka dgn keseriusan kunun fokus kepada pemanduan depa tapi hang dok tengah jalan kak long dah tu 30-40 km sejam adoyaiii ... bas ekpress dan lori treler pun menderita dengan depa ni. Bagi la lampu ka siren ka hon ka dia tetap dok tgh2 heway tu (lelaki pun ada species nih).
Pesen bawa gheta mcm kaki buli pun ada, kalau dia kata dia nak masuk lorong tu dia akan himpit kita dan masuk. Signal tak bagi dan muka ala-ala diva. Nak tunjuk penumbuk kat dia boleh tapi ..ermmm nanti depa kata Drcool kaki buli pompan lak kan. Yang kompem depa takmau mengalah atau mengaku salah. Keluar simpang pun macam tu juga ..main terjah ja kuaq pas tu bukan lah nak angkat tgn ke apa ke tapi dgn muka yg sombong adoyaiiii...
Saya bukan anti pompan taw ..saya sayang semua orang pompan kerana mak saya pun pompan, wife saya pun pompan dan anak-anak saya pun pompan.. jadi saya tak benci orang pompan ni ...saya sayang sangat-sangat tapi bak kata orang "di kanan madu di kiri racun" itulah orang pompan hehehe.
Hari ni saja yang saya boleh kira, 2 kali saya terpaksa tekan hon yang panjang kerana 2 drebar pompan, nak tambah derita saya kali ke 3 pun pompan juga tapi saya malaih dah nak tekan hon, dan sepanjang jalan saya nak balik rumah penuh dengan drebar pompan yang ........ Awat la jadi lagu ni... pa nama (tiru gaya Tun M hehe) pompan ni bawak gheta ikut kaki ka atau ikut tangan?. Kalau nak cerita memang tak cukup mukasurat tapi saya cerita 3 kes dah la ...
Kes no 1: Drebar pompan ni nak u-turn di trapik lite yang tak boleh buat u-turn, mula-mula dia terhengeh-hengeh , lampu hijau dah nak tukaq kunin tup-tup dia u-turn dan poNNNNNNNN , signal pun tak bagi adoyaiii geram sangat geram sampai la saya sangkut di trapik lite tu. Pas tu dia buat muka tak bersalah kontrol ayu ..chettt!!
Kes no 2 : Dia nak kuaq ke jalan utama tapi momentum slow n steady saya pun dengan gentleman kasi laluan... alih-alih dia terhinggut-hinggut rapat ke sisi jalan ...yang geramnya lagi sekali signal pun tarak.. nak kata signal rosak gheta baru tuh plat WUV ..lagi sekali pONNNNNNNN... adoyaiiii
Kes no 3 : Saya berhenti di trapik lite sebab lampu dah merah.. kalau jalan juga saja cari nahas la kan.. so saya stop lah .. sampai la turn saya jalan, dan akan belok ke kiri. Sekoyong-koyong keh keh keh macam cerita hantu lak ... satu Viva mencilok sebelah kiri gheta saya sambil sebelah tangan pegang henpon wooo power-power cilok belah kiri guna sebelah tangan tu!! .. kalau ruangnya besaq takpa ni tidak ngam-ngam je .. sebab side mirror dia dengan side mirror saya hanya berapa hunn saja .. ambui terbakaq darah saya yang cool ni hehe.. tapi dah malaih nak hon so saya himpit la sikit ..sampai gheta dia hampir kiss dengan tiang trapik lite tu ..mujoq dia tekan brek kalau dia tekan pedal minyak mau menangis tiang trapik lite tu ternoda dek kegelojohan drebar pompan tersebut.
Saya memang malaih nak hon-hon dah , nanti orang kata drebar lelaki suka hon-hon malu la kan....
Artis Kaya Raya
Kereta Dato' K
Tu Dia Pak Tam.... haha tu nama restoran orang kampung saya yang sudah kaya raya hasil dari perniagaan restoran. Artis Malaysia pun ada yang kaya raya dan bertaraf Jutawan seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Ac Mizal dan beberapa nama artis yang tersohor di Malaysia. Depa berniaga bakat seni depa .. ada juga yang berniaga bakat seni dan berniaga produk seperti Dato' Siti Nurhaliza dengan produknya Simplysiti dan Dato' Ac Mizal yang popular dengan "gelang hikmatnya" ..
Cuba korang tengok kereta depa ni http://beritasemasa.com/gambar-kereta-artis-malaysia-kaya-raya , mak ai rugi saya tak jadi artis kan hehehe kalau tidak mesti dah Jutawan sekarang ... yang bangganya depa semua ni anak-anak Melayu yang berasai dari kampung seperti Dato' Siti Nurhaliza.
Yang baik jadikan tauladan yang buruk buang dalam laut k ...
Wednesday, July 11, 2012
Saya nak lari dari rumah!!
Di Facebook semalam ada sorang kawan sekolah share 1 gambaq tajuknya "Budak Hilang, Sesiapa Ternampak Sila Call 018 XXXXXX". Esoknya bila on FB je status kawan sekolah tu berbunyi "Budak Hilang Sudah Ditemui"... syukur Alhamdulilah...
Tanya dengan kawan tu apa kes budak tu boleh hilang, rupanya dia merajuk dengan ayah dia lalu pi lepak di rumah kawan..kunun-kunun merajuk..alahai budak-budak zaman sekarang ni. Zaman saya kecik-kecik dulu bila ummi atau mak (ayah saya cool mcm saya hehe taknah rotan anak) saya ligan (kejar) 1 kampung dan pulun rotan sampai birat-birat... paling-paling pun saya merajuk dok bawah tangga jer, atau lepak atas pokok jambu. Time perut lapaq saya balik rumah juga ..makan nasi yang mak saya masak dan ummi akan jelin-jelin birat dibelakang badan saya mungkin kesian la tu lepas hati dah sejuk hehehe.. saya tak pernah terfikiaq pun nak lari dari rumah ke atau nak berdendam dengan ummi saya. Lepaih tu buaih lagi dan kena pulun lagik...sampai la saya dah besaq panjang di form 3 mak saya hanya berletiaq je... dah tak rotan hehehe
Tapi tak terfikiaq pula mak atau ayah saya akan merajuk dengan perangai lasak saya sewaktu zaman kanak-kanak rebena dulu, sampai la mak saya kata "kalau hang dok buaih (lasak) mcm ni lagi, ummi nak lari dari rumah la mcm ni" ..errr saya pun terkedu ..biaq betui ummi saya ni hehe...
Bila dah ada anak sendiri barulah saya faham apa yang ummi saya maksudkan. Memang saya selalu kecik hati dengan karenah anak-anak saya .. sampai rasa nak lari ke satu tempat dan lepak jauh dari mereka semua!!
Zaman dah berubah, time saya masih kanak-kanak rancangan TV hanya ada BJ and The Bear, A-Team, Combat, High Chaparral (cerita koboi), cerita P.Ramlee dan lain-lain. Kebanyakan cerita tv tu kurang sangat lah tunjuk cerita yang anak-anak kuang ajaq dengan mak dan ayah. Cerita tv zaman tu semua genrenya hampiaq sama iaitu hero dan orang jahat ..akhirnya hero akan menang.
Tapi sekarang drama Melayu pun hebat-hebat belaka.. banyak skrip drama dok kasi free lesson kepada remaja-remaja cara nak kuang ajaq dengan mak ayah. Bila ayah atau mak marah depa akan lawan balik.. bila ayah lempang si anak sebab dia kuang ajaq, anak itu akan jerit balik dengan ayah .. "ok fine saya akan kuaq rumah yang seperti neraka ini" dan anak itu akan lari dari rumah. Lepas tu mak ayah watak drama tu akan terhengeh-hengeh cari dan pujuk anak derhaka tu ...dan skrip itu akan menambah senario syahdu bila si ayah tu menyesai di atas perbuatannya..... free lesson beb ..so apa nak di kato ...bak kata Eto Blues And The Gang.
Zaman saya dulu nak dapat ghereq sebijik (basikal) pun payah .. la ni anak-anak saya ada moto sorang sebijik, kalau tak pun naik bas sekolah, atau saya hantar terus ke sekolah.. tak payah susah-susah macam saya dulu bangun awai pagi utk ligan bas atau kayuh ghereq ke sekolah. Anak-anak saya semua terhidang di depan mata... rumah dah cantik, duit dah ada (sikit je pun) .. tak merasa susah macam saya dan wife dulu-dulu...
Rumah saya dulu dok tirih (bocor) time hujan. Tengah sedap tidoq ayaq hujan timpa muka so terjagalah... sebab atap tirih betui-betui atas pot tidoq.. so kesot-kesot ubah pot dan sambung tidoq .. no komplen-komplen.
Tuisyen pi join 2-3 kali je tapi bila cikgu minta yuran time tu RM12 saya teruih lari hehe sbb bila balik minta kat ayah.. ayah kata duit cukup-cukup beli beraih dengan ikan saja (zaman tu ayam mahai). La ni anak saya tuisyen 1-1, harga cikgu tu sejam RM55 malangnya depa main SMS dan Twitter time cikgu mengajaq ... adoyaiii saya nak larik dari rumah niiii.... nak larik ke mana ek ?
Erk ada ka orang nak cari dan pujuk saya nanti ek???
Labels:
a-team,
blues and the gang,
budak hilang,
budak kena culik,
combat,
facebook,
fb,
p ramlee,
twitter
Monday, July 9, 2012
FAM Malu-Malu Kucing Ke?
Gambar kredit kepada http://kakibangku.net/tag/harimau-malaya/
Hermm heran bin pelik, kenapalah FAM tidak melenting dengan kes yang sebegini besar? Kalaulah AFC atau FIFA membatalkan penyertaan Myanmar maka Skuad Harimau Muda B-22 tahun negara bolehlah melangkah ke Piala Asia..tapi sisa-sisa harapan yang ada telah di sejuk bekukan begitu saja oleh Presiden dan orang-orang kuat FAM.
Cool baca tajuk je statement S/U FAM semalam di Berita Harian, malaih nak perabih baca .. takpa ..takpa kita biaq sajalah .. bukti takdak lah..gitulah kot kata depa hehe.. tewas sebelum melawan ..marah Hang Jebat kalau dia masih hidup kan .. adoyaii. Teruskan membaca dibawah jika korang lom baca paper lah hehe...
Suara kecewa sikap FAM kian lantang
Gambar kredit kepada http://news.gegar.my/2012/03/berundurlah.html
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.
Suara kecewa sikap FAM kian lantang
| (10) Oleh Wan Fakhrul Bakar, Adha Ghazali, Mohamad Zulfaizan Mansor dan Nazri Abu Bakar Cetak Emel Kawan
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.
Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.
“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.
Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong neger-negeri seluruh Malaysia.
“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”
Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”
Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.”
Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.
“Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja.
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.
“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.
Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong neger-negeri seluruh Malaysia.
“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”
Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”
Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.”
Sunday, July 8, 2012
Restoran Rasa (kurang) Utara Berjaya Time Square
Bosan-bosan asyik shopping di area Bandar Baru Bangi dan Putrajaya jer, dan tambahan pula "diracun" kuat oleh isteri dan anak-anak untuk ke Berjaya Time Square. maka hari ni buat pertama kalinya saya menjejak kaki ke Time Square di Bukit Bintang. Suasananya sama je lah mana-mana shopping complex di Malaysia ni. Budak-budak remaja terutama Melayu memang ramai dengan pelbagai fesyen.. perghh hebat-hebat.
Terus ke sasaran pertama ronda-ronda nak isi perut yang berkeroncong merdu. Bila naik eskalator dari parking lot terjumpa KFC tapi dah penuh. Ronda lagi tapi semuanya restoran yang mencurigakan taraf halalnya so kensellah. Tup-tup ternampak signboard RESTORAN RASA UTARA. Wow bestnya .. bila masuk je disapa ramah oleh kakitangan restoran tersebut tapi tak ada sorang pun yang cakap utara hehe.. alah mesti chef dia orang Utara..cuba try test lah... (pada pandangan saya jika restoran itu diklasifikasikan mengikut kenegerian, adalah adalah wajib untuk menghidupkan suasana negeri tersebut termasuk loghat bahasanya.. barulah real.. itu pandangan saya je tau)
Selak-selak menu wow Pasembor Utara..kecur air liur order 2 satu untuk saya dan satu untuk wife, anak saya nak try Laksa Utara dalam kurungan.. paling diminati oleh Tun Dr.Mahathir. Ayat dalam bracket tu dah cukup menggoda termasuk gambar menu yang cukup pro nampak lazat gila ....so order satu untuk anak dara saya tu. Lagi dua (saya berlima) anak-anak saya order Chicken Chop Utara (bagi saya tak ada beza kot sebab ini bukan makanan tradisional).
Ok air pula ... saya order coffe jer.. yang uniknya Cendol Gunung Keriang ehe wife saya yang order.. dan anak saya yang 3 orang tu order air Milo ais yang dengan gaya persembahan siap ada Milo ditabur atasnya..nyum-nyum lazat. Maka tanpa berlengah-lengah lagi , saya yang merindui "pasemboq Mee Abu" terus ngap dan .... wife saya orang Melaka pun komen, tak samalah bang...
Mengikut rating saya sendiri dari segi hidangan, hiasan dan suasana restoran boleh dikategorikan 3 bintang. Harganya melambangkan bintangnya, mana tidak 5 orang dengan order seperti yang diorder, harga bilnya RM104.50... dari segi tastenya pula menghampakan ... maafkan saya kerana rasanya taklah rasa seperti rasa Utara sangat... adoyai terus teringat pasembor Mee Abu di Telok Wanjah, Lorong Panglima di Alor Star yang lazat.... ( orang Kedah mesti tau Mee Abu kerana Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang kini Yang Di Pertuan Agong pun meminati Mee Abu, kalau tak percaya tanya Lan Pet Pet Senario dia pun asal Alor Setar dan jiran sepermainan saya sewaktu di Lorong Panglima di zaman kanak-kanak rebena dulu hehehe).
Tapi takpa lepas ni nak try nama menu tu ... ala lupa pula nama penuh menu tu... yang saya ingat nama menu tu ada nama Kodiang dihujungnya .....
Hanya Hantu Yang Dapat Lihat Hantu
Adoyaii lama tak update blog ni sampai lupa password hehe. Nak jadi cerita tiba-tiba "termenonton" cerita kelakar gila di Youtube bila search mengenai Uncle Seeker yang ditangkap Polis kerana menghina Sultan Johor, jadi meh kita share tengok. Hehehe lawak-lawak.. ilmu tak seberapa tapi kerek kemain (tonton la Youtube di bawah nanti dan nilaikan sendiri). Saya sebelum ni pun memang tak percaya cerita Uncle Seeker mengenai aktiviti paranormal yang dia dok sebuk-sebuk kaji. Tambah tak percaya bila rancangan di NTV7 yang kununnya dia boleh "capture" gambar hantu .. tapi sepanjang siri tu sekor hantu pun tak nampak!. Bila Dato' Fadilah Kamsah komen "hanya hantu saja yang akan nampak hantu" Uncle Seeker terus panas telinga dan.. sila tengok Youtube dibawah ...memang mangkaq orang Kedah kata hehe...
Cuba anda lihat gaya Uncle Seeker bercakap, ilmunya zero tapi kununnya hero dan cuba lihat cara orang berilmu seperti Dato' yang relax dan santai sekali menjawab.. padat dan berilmu tinggi sampai terkedu hero sorang tu hehe..
Cuba anda lihat gaya Uncle Seeker bercakap, ilmunya zero tapi kununnya hero dan cuba lihat cara orang berilmu seperti Dato' yang relax dan santai sekali menjawab.. padat dan berilmu tinggi sampai terkedu hero sorang tu hehe..
Saya memang tak suka kondem-kondem ni melainkan kalau orang tu melalut sangat-sangat, dia memang berusaha keras untuk membuktikan dirinya pakar mengenai hantu sampai terbit buku 99 jenis hantu .. gila banyak betul hantu ni kan, seram juga eh.. hehee.Dia perlu humble untuk dihormati tetapi dia bongkak atau angkuh untuk mencari publisiti. Saya rasa itulah kesilapan dia ..dan kesilapan pada sesiapa jua (ingatan untuk diri saya juga) . Moral of the story .. jangan angkuh dan ego melampau-melampau, orang menyampah...
Tapi Uncle Seeker sekarang dah masuk lokap sebab kes memfitnah atau hina Sultan Johor .. alahai kenapalah dia buat kerja fitnah pula ni.. dah habis ke hantu-hantu untuk dikaji?.. kan dah masuk lokap, then bila check air kencing positif Morphine la pulakkk.. apa-apa pun saya mendoakan Uncle Seeker semoga kembali kepangkal jalan, dan moga-moga selepas ni Uncle Seeker atau Syed Abdullah
Hussein Al-Attas (ada blogger yang kata Al-Attas tak de pun dalam IC dia hehe..) akan mengkaji kitab-kitab termasuk Al-Quran kerana darahnya dari keturunan yang baik-baik...kerana mengikut salasilah keturunan Syed adalah susur galur keturunan Rasulullah SAW .. jadi tak sesuailah jika kaji hantu atau sex.
Subscribe to:
Posts (Atom)