Friday, April 29, 2011

Tarzan yang serabai pun ada pengikut?



Ayat power guru sesat nak cari pengikut sangat simple. Tak payah solat! niat je atau hati biar bersih macam kes guru tarzan yang pakai seluar pendek baju koyak rabak, selekeh dan macam orang gila itu kepada pengikut-pengikut yang boleh dikategorikan sebagai "tersangat tidak bijak" adanya. Ada kes ajaran sesat begitu berani sekali, hinggakan mengucap dua kalimah syahadah pun di "modifiednya" mengikut selera guru gila tersebut.

Lagi power guru gila dan sesat itu juga ada yang gila sex bila menghalalkan aktiviti sex sesama pengikutnya yang sangat bodoh dan dikategorikan sebagai gila sex juga. Manakan tidak "isteri kau isteri aku jua", "anak gadis kau aku boleh buat isteri main niat-niat jer", lepas bosan dorang tukar-tukar pasangan, yang bes tok guru gila sex dapat habuan power-power la rasanya.

Pelik bin ajaib, kebanyakan ketua ajaran sesat ini bukanlah insan yang mempunyai IQ yang tinggi melebihi paras manusia biasa. Boleh dikatakan "chief" ajaran sesat hanya bersekolah biasa atau ada yang sampai tak tahu membaca pun ada. Contohnya Ayah Pin dan terbaru Guru Tarzan. Fatwa sesat mereka pun mudah je tak perlu solat, hanya perlu niat atau hanya perlu berhati bersih je.. Dakwaan sesat dan bodoh seperti mendapat arahan dari langit atau mendapat ilmu selepas berkawan dengan rimau dan gajah di hutan. Rasanya budak darjah tiga pun was-was nak percaya kan..

Serendah-rendah IQ seseorang insan yang mempunyai iman tidak akan percaya dengan dakwaan bodoh lagi mengarut ini tetapi terdapat para profesional yang menjadi pengikut Ayah Pin atau Guru Tarzan yang yang mempunyai IQ yang boleh dibanding antara langit dan bumi dengan IQ seorang profesional tersebut. Si tidak cerdik memperbodohkan si cerdik hairan..hairan dan tersangat hairan.

Mengapa situasi ini boleh terjadi?, ini menunjukan tahap pengetahuan agama mereka yang terjebak dengan ajaran sesat boleh di kategorikan sebagai "amat jahil". Ada orang kata (ayat biasa di negeri utara) "dah jahil murakap pula tu" , ungkapan ini biasanya digunakan kepada orang yang bodoh yang teramat sangat tapi tak mau belajar. Mereka mungkin alim ilmu dunia sahaja tetapi hal-hal agama boleh diibaratkan lebih teruk dari muallaf atau saudara baru memeluk Islam.

Apa puncanya ek? Sejak Merdeka sistem persekolahan di Malaysia masih dibawah pengaruh penjajah walaupun Perlembagaan Tanah Melayu dan sehingga penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sistem pendidikan Malaysia lebih bersikap sekular di dalam silabus dan kurikulumnya. Pendidikan Islam di Sekolah Rendah (SK) dan Menengah (SMK) adalah bersifat subjek tidak wajib, boleh ambil atau diganti sengan subjek-subjek lain. Menteri Pelajaran dari yang pertama iaitu Tun Abdul Razak sehingga kini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin masih mengekalkan konsep silibus yang masih menjadikan subjek Agama sebagai subjek yang tidak wajib tetapi wujud sistem PAFA, JQAF dan lain-lain.  Perlembagaan Malaysia mengenai Islam adalah seperti;

 Artikel/Perkara 11


Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Sekolah Agama Rakyat (SAR)  dilihat sebagai pilihan kepada ibubapa yang inginkan Pendidikan Agama Islam yang lebih komprehensif, malangnya kebanyakan ibubapa tidak menghantar anak-anak ke SAR kerana kesukaran untuk mengurus 2 sesi persekolahan anak-anak, dimana ibubapa memerlukan kos tambahan untuk pakaian seragam, buku-buku, yuran dan logistik seperti pengangkutan dan transit untuk anak-anak untuk ke sekolah SK selepas itu. Murid-murid Islam terpaksa bergelut dengan 2 sesi persekolahan yang memenatkan, menjadikan murid-murid Islam keletihan dan tidak kreatif, hanya menghafal dan menjawab soalan untuk skor "A" bagi memuaskan hati ibubapa dan guru yang ingin menaikan nama sekolah sahaja tetapi bukanlah ilmu untuk menjadi amalan murid-murid tersebut.Hasilnya, kita bolehlah berbangga dengan statistik yang memalukan seperti ajaran sesat, pembuangan bayi, murtad, kerosakan akhlak dan lain-lain yang melibatkan orang Melayu dan Islam amnya.

Solusinya ? Adalah wajar untuk disepadukan, disatukan SK dan SAR, kurikulum pembelajaran SAR diajar di SK. Lebih baik jika waktu persekolahan dipanjangkan contohnya sesi bermula 8.30 pagi dan berakhir 4.00 petang. Ini bermakna murid-murid akan ada lebih masa di waktu pagi sebelum sesi persekolahan untuk bersolat dan bersarapan. Subjek Agama Islam boleh dipanjangkan dan memberi penekanan kepada ilmu Aqidah Islam dan lain-lain. Solusinya kembali kepada Al-Quran dan Hadis pasti generasi akan datang mempunyai pegangan agama yang kuat lagi kukuh, maka tidak mudahlah Guru Tarzan yang serabai tu nak kelentong ikut suka hati dia jer!

Sesi persekolahan sekarang yang terlalu awal menjadikan murid-murid yang tinggal bejauhan dari sekolah tidak sempat untuk bersolat Subuh, seperti contoh anak saya terpaksa keluar seawal jam 6 pagi untuk mengejar bas sekolah sedangkan Subuh bermula jam 6.20. Sampai je di sekolah dah pukul 7.10, jika lewat cikgu dan pengawas sudah siap sedia menanti untuk "ambil nama" dan sistem merit akan dikenakan. Pelajar kita disekolah sentiasa stress, tidak peliklah kes gangguan emosi kian bertambah sekarang.



Wednesday, April 20, 2011

Ramalan Bintang Anda Betul-Betul Terjadi Hari Ini?






Anda berbintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius ?. Hukumnya adalah HARAM..mengapa ?, alah lecehlah kan nak seronok-seronok baca horoscopes atau ramalan bintang pun tak boleh ke?. Bila melibatkan akidah bukan aqiqah tau..di ulang AKIDAH, hukumnya jelas tidak boleh!, nahi' kabee nahi'! (dalam bahasa Urdu, entah betul ke tidak tatau la hehe) no!, meiyou, bu shi dalam bahasa Mandarin dan apa jua bahasanya tetap tidak boleh dan HARAM, Ramalan bintang adalah HARAM kerana bersifat ramalan, bila kita suka-suka membacanya untuk hiburan, TIBA-TIBA ramalan tersebut betul-betul terjadi dan menjadi realiti, Syaitan pun berbisik "haa tengok kan dah real ramalan tu", hati kita pun terdetik "iyer la real la ramalan ni!".. maka dikhuatiri akidah anda telah terpesong dan terkeluar dari Islam (Nauzubillah) tanpa anda sedari... Oleh itu leceh ke atau tak bes ke, sebagai seorang Islam kita wajib akur bahawa HUKUMNYA HARAM seperti petikan huraian yang diterdapat di laman web JAKIM.

"Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik."

Sejarah Ramalan Bintang

Sejarah awal diperlori oleh Greeks, yang menggunakan kaedah ramalan matahari, bulan dan digandingkan dengan tarikh lahir seseorang individu, kaedah ini digunakan  untuk meramal apa yang "bakal" terjadi kepada seseorang itu.

Amalan meramal bintang ini tersebar ke seluruh dunia dan di beri nafas baru oleh seorang lelaki yang bernama Willian Lilly untuk ahli-ahli gerejanya dan digelar "Christian Astrology", sehingga kini usaha murni William untuk menyesatkan umat manusia telah berjaya! Sehingga kini dengan secara tradisinya ada 12 bintang iaitu: Aries (March 21-April 19), Taurus (April 20-May 20), Gemini (May 21-June 20), Cancer (June 21-July 22), Leo (July 23-August 22), Virgo (August 23-September 22), Libra (September 23-October 22), Scorpio (October 23-November 22), Sagittarius (November 23-December 21), Capricorn (December 22-January 19), Aquarius (January 20-February 19), and Pisces (February 20-March 20).

Hadith Nabi dan Huraian Dari JAKIM

Mempercayai Ramalan Bintang

Tarikh: 
Apr 13, 2010
 
Riwayat: 
(Muslim)
 
Kategori: 
Akidah
 
Hadith: 
 
 
Dari Zaid bin Khalid, katanya: Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah? Jawab mereka itu: Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui. Kata Rasulullah s.a.w.: Allah telah berkata: Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.
 
 
Huraian Hadith: 
 
 
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.
 
Ingat-ingatkanlah saudara, saudari, anak-anak dan sahabat taulan, Cool bukanlah seorang ustaz, tetapi ingin berdakwah dan menyumbang sesuatu untuk Islam dan saudara saudari seagama. Hendak berdakwah secara fizikal Cool tak mampu, jadi blog ini  Cool jadikan sebagai medium untuk menyampaikan sedikit dakwah dengan berpandukan halaman JAKIM sebagai panduan.Jika salah tolong tegurkan.......

Tuesday, April 19, 2011

Kopitiam - Tiga Kopitiam SAHAJA Yang Ada Sijil Halal




 Kalau anda suka makan katak ini, ada Kopitiam yang sediakan resipi Mee Kaki Katak.. cuba-cubalah hehe

Dulu-dulu zaman 70an dan 80an, dizaman cool masih bergelar kanak-kanak ribena , peluang untuk minum kopi di Kopitiam adalah saat yang amat dinanti-nantikan. Ayah cool akan menuang kopi ke dalam piring dan dengan penuh nikmatnya cool akan menghirup kopi tersebut sruttt ...sruttt dengan slow-slow menikmati aroma dan rasa kopi asli yang memang "kaw-kaw".. alahai kenangan yang tak akan dilupakan. Waktu itu konsep Kopitiam macam kedai makan biasa cuma yang uniknya Ah Chong buka kedai makan tetapi di sewakan kepada Mamak atau orang Melayu untuk menjual makanan, Ah Chong hanya bertindak sebagai penyedia minuman sahaja. Kedai makan Melayu @ Islam seratus peratus pada zaman 70an dan 80an memang payah nak jumpa, tak macam sekarang berlambak-lambak sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Relevankah kita masih memilih Kopitiam sebagai tempat kita makan dan minum?.

Adakah kita sebagai Umat Islam berada didalam keadaan darurat di negara kita sendiri? Kita berada di negara Islam yang mempunyai pilihan yang luas untuk makanan halal mengapa kita mesti makan di restoran yang diragukan status halalnya? Lainlah kalau kita mengembara ke negara China ke Jepun ke, memang confirmed payah nak jumpa restoran Halal kan.....

Gaya, mutu dan keunggulan.. ingat tak phrasa iklan ni? Orang sekarang termasuk Cool kunun-kununnya minum di Kopitiam akan dianggap bergaya, kaya dan eksekutif. Sampailah pada satu ketika Old Town White Coffe, di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 11/3/2010 mendedahkan resipi rahsia mereka iaitu kaki katak!

22 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang-Mangsa hidangan kaki katak yang aduannya telah disiarkan melalui laman web PPIM pada 21 Mac lalu, (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.801) hari ini memfailkan saman terhadap kopitiam tersebut. (Info dan gambar di ambil dari pilihan-anda.blogspot.com)

Bila isu ini tengah hot pun, cool lihat selamba je pakcik, makcik, abang, kakak dan adik yang berwajah dan berpakaian secara Islam melepak ala eksekutif di Old Town White Coffe, yang mengecewakan sangat-sangat kalau dilihat dari kereta yang diparking  adalah hebat-hebat belaka, setiap meja ada "laptop atau notebook" mustahil lah maklumat panas seperti mee kaki katak yang sedang menggemparkan Umat Islam pun mereka tidak tau kan..  (Senario Kopitiam Old Town White Coffe Bandar Baru Bangi). Relak je .. seolah-olah tidak apa-apa yang terjadi. Orang Melayu Islam (bukan semua la kan) sudah hilang sensitiviti halal dan haram ke terutama makanan? Bila isu ini cool gembur-gemburkan di Facebook pun ... relak je, kalau isu artis dibangkitkan..melantun-lantun komen masuk sampai penuh window. 



Isu buku INTERLOK, sampai kepoh satu Malaya disebabkan hanya beberapa ayat yang menyinggung perasaan kaum India, perkataan itupun direka dari sistem hiraki masyarakat mereka sendiri yang mengkelas kasta-kasta, dari yang mulia sampailah ke kelas masyarakat yang paling hina. Mengapa perlu  HINDRAF buat kacau bilau, demonstrasi kunun-kunun nak jaga hak-hak kaum India, jika mereka berkelakuan baik dan menghormati lain-lain bangsa ayat tersebut tidak perlu digunakan pun.

Cool bukan suruh orang Islam buat demonstrasi, Cool anti hal-hal keganasan, menyusahkan rakyat dengan tunjuk perasaan tetapi biarlah Jabatan Agama Di Jabatan Perdana Menteri, JAKIM dan Majlis Agama Islam perlulah lebih efisien dan mempunyai kuasa yang lebih untuk mendisiplinkan restoran-restoran yang ambil mudah hal-hal sensitiviti Umat Islam, ini tidak Isu halal dan haram kita selamba je tak tersinggung pun... nak publish nama restoran tu pun sebagai langkah awal untuk umat Islam berjaga-jaga di media  secara terbuka pun kita tak berani, kenyataan maaf pun tidak disiarkan malah isu saman mangsa mee kaki katak pun "diam" je. Isu Halal dan Haram bukan isu politik tetapi isu "mau jawab di akhirat nanti".

JAKIM atau Majlis Agama pun tidak membuat warta, cuma PPIM atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia sahaja yang "sedikit" berani mendedahkan nama restoran ini... Setelah di selidik di laman JAKIM cuma ada TIGA Kopitiam sahaja yang telah diluluskan oleh JAKIM sebagai HALAL, manakala yang selebihnya disyaki hanya ada sijil HALAL yang dibeli sahaja.

Senang je solusinya kan, Lepas dapat je info Mee Kaki Katak , di BERNAMA melalui hebahan PPIM, cool telah blacklisted semua KOPITIAM yang tak ada tanda HALAL JAKIM... lepas ni kita makan di kedai Makjah, Kak Nab Janda, Pak Hashim Mee Soto atau Pak Din Laksa Utara, dah tentu-tentu kedai-kedai ini dipunyai oleh orang Melayu dan Islam.. insya Allah HALALAN TOIYIBAN


Monday, April 18, 2011

Artis Idola

Tengah kaki terangkat-terangkat geram sebab Samir Nasri tak dapat score goal (game live Arsenal vs Liverpool), anak saya yang berumur 9 tahun menerjah tanpa salam. Soalan dia bukanlah susah sangat pun. "Piece of cake" je bak kata cikgu Ilmu Hisab (mathematic) saya pada suatu ketika dulu, dia menegur saya sewaktu saya terkial-terkial menjawab soalan algebra. Apa la pekdahnya x+y - (x+y) ni?  saya selalu merungut dalam hati sebab bosan subject tu. Soalan anak saya amat simple, "apa maksud idola?" . Mudah je kan, kalau sedang tidur pun saya boleh jawab. 

Soalan berikutnya menjadi semakin "susah gila" bila dia bertanya "siapakah artis yang patut menjadi idolanya". Memang sukar kerana artis yang terbayang dikepala semua tidak boleh dijadikan idola dari segi moral dan kehidupan mereka..tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 18sx. Kalau search je di internet mesti ada gossip yang tak baik, pakai seksi-seksi macam tak pernah belajar hal-hal aurat atau saja tak ambil tau sebab negara kita bebas nak pakai macam mana pun .., nak jadikan idola kanak-kanak memang amat merbahaya dan tidak digalakan, takut bila besar nanti suka berkemban pula . Contohnya saya ingatkan artis ini sopan tetapi bila search je "artis malaysia" keluar gambar berkemban dia, then paling tak bes gambar ni diambil pada 2009 lepas Diana Danielle baru je habis SPM. Saya ingat dia ok tapi ko juga (mungkin sekarang dia dah ok kot kan hehe maaf, sebab tak tau lak cerita terbaru Diana Danielle) ... terus cari-cari tak jumpa juga ...




Garu kepala untuk mencari satu nama artis idola, memang susah dan secara spontan  saya kata Siti Nurhaliza lah. Anak saya yang berumur 9 tahun itu geleng kepada dan amat mengejutkan saya bila dia memberi fakta, "Dato' Siti orang marah dia  Baba, sebab orang kata dia kahwin dengan suami orang". Wow! umur 9 tahun dah baca gossip artis.! Terangkat saya dari tempat duduk terkejut. Hebat-hebat anak-anak sekarang. "Baca kat mana ni Kak Cik?" saya korek-korek rahsia dia, pelik umur 9 tahun dah pandai gossip-gossip ni. "Kak Cik baca kat Beutifulnara lah Baba". Lopong jab mulut saya untuk beberapa saat.. inilah dunia serba canggih kan, semuanya adaaaa... (Dato' Siti bagi saya dia berjaya tanpa perlu seksi-seksi, tayang dada atau peha untuk maju .. dia amat sopan dan berjaya diatas usaha dan bakatnya)




Disebabkan saya tak mengikut sangat hal-hal artis, saya suruh dia merujuk kepada ibunya.. orang perempuan memang suka hal-hal artis ni kan... wife saya pun berkerut-kerut dahi memikir... dan nama Yuna terbit dari mulutnya. Saya pun segera bersetuju dengan dengan pendapat wife saya .. kerana Yuna bertudung sopan, sudah grad dari UIA dan kini di New York, USA sebagai recording artis di Cutting Room Studios. So far rekod Yuna boleh dijadikan sebagai Artis Idola, dan dia pun cute juga walaupun tak berkemban atau tayang peha.



Friday, April 15, 2011

Anwar hilang wibawa

 Politik, Sahabat dan Sex

Pelik tapi benar, akhir-akhir ini ramai benar kawan-kawan karib dan penyokong tegar Anwar Ibrahim berpaling tadah, kebanyakan dari mereka yang setia dan rela merempuh badai dari tahun 1998, seolah-olah sahabat karib yang akan sehidup semati dengan Anwar. Kaba--boom secara "tiba-tiba" membuat "statement" menikam dan membunuh Anwar. Adakah kerana dia tahu siapa pelakon sebenarnya didalam video sex itu? adakah kerana dia benar-benar....

Lagi tragis "pembelotan" ini terjadi sewaktu kerajaan sedang berusaha untuk mempertahankan Sarawak dari "dijajah" oleh pembangkang. Jasa Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sarawak memang tidak dinafikan, banyak pembangunan dan kemajuan telah dikecapi oleh penduduk Sarawak, tetapi disebabkan kedegilan bekas (sewaktu Pilihanraya Umum di kira "bekas" la kan) Ketua Menterinya yang tetap ingin terus menjadi KM, menjadikan dia "liabiliti" kepada Kerajaan. Tidak sedarkah dia bahawa senario politik dunia sekarang memberontak dan menolak pemimpin yang terlalu lama berkuasa atau dia buat-buat tak baca suratkhabar dan menonton berita? semua "TAK NAK" kepada pemerintah yang lama sangat, dah berkarat kata mereka. Saya rasa rakyat Sarawak sudah cukup matang untuk memilih...

Seorang demi seorang yang dikatakan sahabat Anwar Ibrahim mula membongkar "kelemahan" atau keaiban Anwar Ibrahim. Mula-mula Ezam, lepas tu Nalakarupan dan terbaru penulis  yang tidak pernah terfikir oleh kita, dia akan "membelot" kepada Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamaruddin. Kita semua tahu Raja Petra amat tegar dan berprinsip, tegas dan berani menyuarakan pendapatnya melalui blognya. Sehingga satu ketikanya dia ditahan dibawah akta ISA. Dia juga lari ke UK dari dalam usaha mengelak dari ditahan oleh pihak berkuasa.. ka-baa-boom dia diinterbiu oleh TV3 dan lagi pelik serta ajaib dia "reverse" cerita mengenai Altantuya, hentam Anwar dan saya pun heran sampai ternganga mulut, apa ini kejab dia ok kejab dia tak ok? .. hermmm dunia-dunia.

Raja Petra, who said Anwar was once his close friend, added that he too was deceived by the PKR adviser's false promises when he (Raja Petra) was detained under the Internal Security Act.
“Anwar came to the court because there were two cases going on simultaneously and told me don't worry, you will be out soon because we are going to form the government on Sept 16',” he said in the second part of an interview with TV3 aired last night.


Adakah itu alasan dia yang sejujur-jujurnya? Kenapa sekarang dan bukanya selepas "September 16" Raja Petra buat kenyataan ini?. Kawan saya seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim membentak "don't insult my intelligence la", marah benar dia dengan Raja Petra.


Secara logiknya tidak ada ruginya malah "berkemungkinan besar" seseorang itu akan mendapat untung berlipat kali ganda. lagi "power" jika anda dikategorikan sebagai kawan karib kepada Anwar Ibrahim "membelot", lagi untung besar jika membuat statement pelik dan "hot". Sebaliknya dan mungkin "confirmed" anda akan rugi jika terus berkawan dengan Anwar Ibrahim. Ini adalah mathematik mudah dalam politik Malaysia sekarang, tak perlu pergi KUMON untuk belajar mengira... realitinya tidak ada sahabat didalam politik.

Thursday, April 14, 2011

Bosan...

Buka  je suratkhabar arus perdana di muka depan sudah pastinya berita Pilihanraya Sarawak dan confirmed cerita sebelah pihak jer, aduii bosanya, tidak pun pasal jam Omega.. bosan juga, paling menakjubkan ada pula telur ayam palsu! ini tak bosan sangat.Ayam-ayam sudah pencen bertelur ke?. Kena stop makan telur lah macam ni , waktu ayam naik harga ada pihak yang suruh jangan makan ayam kali ni sapa pula yang akan buat "statement" jangan makan telur pula ....?

Terus terang cakap lah  membaca suratkhabar atau  menonton berita adalah aktiviti yang paling membosankan, bukan hanya media arus perdana je yang membosankan tetapi media arus pembangkang pun sama je.. masing-masing "depa lah" yang terbaik. Lagi parah media arus perdana ... hentam-hentam, kutuk-kutuk, tuduh-tuduh dan belasah-belasah tapi yang parah lagi lepas tu tak ada jawapan dari yang kena hentam-hentam, kutuk-kutuk, tuduh-tuduh dan belasah-belasah segala tu. Sebagai rakyat yang bersekolah dan pandai membaca pula tu, rakyat inginkan jawapan. Selepas mendapat jawapan rakyat yang bersekolah tersebut akan membuat penilaian sapa yang betul dan sapa yang temberang.

Belah sini keluarkan video sex belah sana pun terbit satu video sex. Kau ada aku pun ada beb! Dulu MCA bercempera sekejab dek kerana video sex, tetapi selamba je dengan muka tak malunya mengaku "I'm the one in the sex video"  dan berbaloi-baloi dia mengaku sebab dia dah jadi presiden, kalau lepas ni tak malu lagi kerajaan lantik dia jadi menteri semula. Hebat tu kan. Berbeza dengan Barat walaupun dorang bukan mengamalkan Islam tetapi perlaksanaan mereka lebih Islam dari negara Islam, kalau "you're the one - get lost" seperti kes Wayne Rooney, John Terry dan Tiger Wood kena belasah "kaw-kaw" dalam media, kena pecat sampai tak boleh jadi Kapten pasukan England dan Rooney kena buang dari iklan Coke, tapi "The Man" jadi presiden. Apa dah jadi yer? Bosan juga kan...

Paling membosankan bila Melayu hentam, kutuk dan fitnah sesama bangsa, lain-lain bangsa mula berbunyi nak itu dan hak ini dan sampai "Interlock" pun depa sanggup buat demontrasi dan yang menariknya kerajaan bersetuju mengkajinya!, ugut secara halus dan pemimpin Melayu takut tak dapat undi .. kena ikutlah. Budaya ikut "so called" hak ini bukan hanya kerajaan saja yang takut tak dapat undi malah pembangkang pun sama je, walaupun dulu cukup anti dengan puak roket tapi kini puak bulan mengambang pun sudah merelakan roket mendarat di bulan mereka demi undi! Takut orang dari takutkan Allah.. mana pergi prinsip TAKBIR depa ni? sampai geng roket pun sudah boleh buat ceramah dalam surau, kalau Islam takpa lah juga.. ni bukan Islam. Alahai ...

Bosan kan..... anda bosan tak?

Friday, April 8, 2011

Derita Janda Anak Tiga

Tidak tau dan tidak faham mengapa masih ada berita seperti laporan di myMetro  atau Harian Metro. Cool bukan nak panas-panaskan cerita buruk pasal yang berkaitan Pusat, Jabatan atau Korporat yang bertanggungjawab membawa imej Islam. Islam itu indah tetapi orang-orang, eh jangan salah faham bukan patung orang-orang tu yer tetapi orang yang berada di organisasi tersebut. 

Bukan Cool nak memandai nak komen je, tetapi terkilan bila terbaca berita yang seolah-olah zakat yang dikutip itu tidak diagihkan dengan sewajarnya. Anti-Islam juga akan menggunakan isu ini sebagai "senjata" untuk mereka memesongkan akidah orang-orang Islam. 

Jabatan yang tidak hanya untuk orang Islam yang sepatutnya menjaga kebajikan keseluruhan rakyat Malaysia pun cool tak faham jika nama Jabatan Kebajikan Masyarakat .. kenapa kebajikan masyarakat tidak dijaga dan dipantau selalu? Sukar sangat ke nak memohon dan apakah prosedurnya? Cool tidak berada ditempat orang-orang yang cool komenkan ini, mungkin mereka ada alasan yang boleh diberikan..teringin sangat cool nak tahu

Pelik tapi benar, pantas.. sepantas kilat akan dilancarkan tabung bantuan  jika negara luar memohon bantuan, berjuta-juta RM dikutip untuk didermakan seperti bantuan bencana di Acheh dan yang terbaru di Jepun. Rakyat di depan mata sampai perlu surat khabar membuat "kepoh" atau sewaktu Pilihanraya jika ada YB yang meninggal barulah terhengeh-hengeh semua agensi, parti politik dan NGO datang menghulur replika cek yang besar sampai boleh buat tampal dinding rumah orang. Semua sibuk buat "statement" kamilah yang membela rakyat dan menunding jari "sebelah sana" mana pedulikan rakyat, dia kata dia bagus yang dia belah sana pun kata dia bagus.. semua perkara nak berpolitik je aduhaiii Malaysiaku..

Tak percaya bacalah berita di bawah ;

Derita janda tiga anak

 MELAKA: Sejak kematian suami tiga tahun lalu, kesempitan hidup seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya tidak berkesudahan apabila gagal mendapat bantuan daripada mana-mana pihak biarpun pelbagai permohonan dilakukan.
Malah, empat beranak itu kini hanya mengharapkan belas ihsan jiran tetangga yang menyumbang barang keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Amas Emat, 51, berkata, beliau semakin tertekan apabila sewa rumah kerap tertunggak sehingga menyebabkan mereka sudah beberapa kali diarah keluar dari kediaman itu.
“Kami terpaksa meminjam wang daripada jiran atau rakan untuk mengelakkan daripada dihalau keluar dan bernasib baik kerana tuan rumah masih mempunyai sifat bertimbang rasa serta faham keadaan kami.

“Mungkin orang lihat saya sentiasa tersenyum, namun mereka tidak tahu saya `makan hati’ mengenang nasib kami sekeluarga yang serba kekurangan dan hanya bergantung pada belas ihsan orang lain,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Beruang Utama, di sini, baru- baru ini.

Keperitan hidupnya bermula apabila suaminya, Abdul Karim Bur Rahim, 50-an, yang menyara keluarga dengan berniaga terlantar sakit tiga tahun lalu kerana menghidap penyakit lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.
Biarpun mempunyai tiga anak berumur antara 20 hingga 23 tahun, disebabkan ketiga-tiganya tidak berpelajaran seorang daripadanya, Abdul Majid, 20, hanya berkerja sebagai pembantu kedai dan dua lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Disebabkan tidak berpendidikan, mereka sukar mendapat pekerjaan, namun simpati dengan keperitan hidup kami menyebabkan jiran mengambil Majid bekerja sebagai pembantu di gerainya dengan upah RM15 sehari.

Manakala dua abangnya Mohad Karim, 23, dan Abdul Rahman, 22, tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Pendapatan yang mereka peroleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami apatah lagi perlu membayar sewa rumah RM250 sebulan dan membiaya kos rawatan saya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung,” katanya.

 PS: Tak ada pula disertakan no.akaun kan , kalau tidak pasti ada penderma yang boleh terus menderma jer